Now Reading
[Video] Budak Lelaki Patah Tangan Terlanggar Pagar Gara-gara Dikejar Anjing Liar

[Video] Budak Lelaki Patah Tangan Terlanggar Pagar Gara-gara Dikejar Anjing Liar

Menerusi video tular, kelihatan kanak-kanak lelaki itu telah terlanggar panggar rumah dengan kuat sewaktu dikejar oleh seekor anjing di Kampung Rantau Panjang, Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun ramai di kalangan masyarakat adalah pencinta haiwan, namun segelintir daripada kita sangat takut dengan haiwan seperti anjing atau kucing kerana trauma dialami. Ada yang dikejar, dicakar, digigit dan sebagainya.

Seperti sebelum ini, tular perkongsian seorang budak sekolah dikejar oleh beberapa ekor anjing liar di Pekan Kayu Ara Pasong, Pontian Johor.

Ketika melalui di hadapan kumpulan haiwan tersebut, anjing-anjing itu bertindak mengejar pelajar lelaki berkenaan hingga menyebabkan dia terpaksa melintas jalan secara serta-merta dan berbahaya.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Anjing Liar Kejar Budak Sekolah, Majlis Perbandaran Pontian Sudah Ambil Tindakan [Video]


Kanak-kanak Lelaki Dikejar Anjing Jalanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@shideesan) menyaksikan situasi cemas apabila seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Irsyad sedang dikejar seekor anjing jalanan di Kampung Rantau Panjang, Klang.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Irsyad tergopoh-gapah berlari menuju ke dalam kawasan rumah. Kelihatan juga beberapa orang kanak-kanak perempuan dipercayai ahli keluarganya menjerit ketakutan dan panik melihat Irsyad dikejar haiwan berkenaan.

Dalam klip tersebut, kelihatan pintu pagar rumah dibuka dan kendengaran juga kanak-kanak tersebut meminta Irsyad untuk berlari dengan pantas bagi mengelak dari menjadi mangsa gigitan anjing itu.

Sumber: TikTok (@shideesan)

Mangsa Patah Tangan Selepas Terlanggar Pagar Rumah

Mujur nasib menyebelahinya apabila Irsyad sempat mengelak daripada digigit dengan melompat masuk di celahan pagar. Bagaimanapun, anak lelaki berkenaan telah terlanggar pagar rumah dengan kuat hingga menyebabkan dia tercedera.

Wanita dikenali sebagai Shidee yang dipercayai ibu kepada mangsa berkata tangan Irsyad telah patah susulan insiden itu. Dia kemudiannya perlu dirawat di wad hospital selama dua hari bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Shidee, kejadian tersebut telahpun dilaporkan kepada pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MPK) dan pihaknya kini sedang menunggu tindakan dan maklum balas pihak berkuasa.

@shideesan Replying to @nurain4974 ♬ original sound – Shidee San Aina

Ramai Luah Rasa Bimbang Dengan Keadaan Kanak-kanak Lepas Dikejar Anjing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang melihat si kecil yang dikejar anjing liar itu.

“Ya Allah sakit tu weh😭. Semoga cepat sembuh ya dik,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga individu mengingatkan golongan masyarakat untuk tidak melarikan diri ketika terserempak dengan anjing liar sebaliknya ‘mengacah’ seperti anda mahu membaling sesuatu.

“Jangan lari. Tunduk dan tipu-tipu macam nak ambil batu atau barang mesti dia (anjing) dia takut,” kata seorang pengguna individu.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka dikejar anjing sehingga menyebabkan trauma kepada diri sendiri.

“Teringat aku waktu budak dulu-dulu pun kena kejar macam ni. Anjing sampai masuk panjat lompat rumah orang. Bila dah selamat baru terasa Ya Allah macam manalah aku boleh jadi Spiderman dulu,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@shideesan)

Anjing Lihat Orang Yang Lari Daripadanya Sebagai Mangsa

Menerusi carian kami, seorang veterinar menerusi akaun YouTube ML Studios berkata, anjing melihat sesuatu yang lari daripadanya sebagai mangsa.

Oleh disebabkan itu, sekiranya anda melarikan diri sewaktu terserempak dengan anjing, ia berisiko menjadi lebih agresif dan mengejar dengan lebih laju. Tambah veterinar berkenaan, anjing liar atau berpenyakit adalah lebih susah untuk dikawal.

Tips yang dikongsikan oleh beliau adalah dengan menerapkan kaedah ‘mencegah lebih baik daripada melawan’. Anda dinasihati untuk menjauhi kawasan yang dipenuhi dengan anjing liar.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengawal lambakan anjing jalanan di sesebuah kawasan bagi mengelakkan ia membahayakan orang awam.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penduduk Kampung Bimbang Anjing Liar Makin Ganas, Haiwan Ternakan Jadi Mangsa

Baca Artikel Berkaitan: Rider Rempuh Pagar Rumah, Dipercayai Panik Kerana Dikejar Anjing [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd