Now Reading
“Anak Muda Tengah Membesar Perlukan Sedikit Stres” – Cikgu Ulas Isu Pemansuhan Peperiksaan

“Anak Muda Tengah Membesar Perlukan Sedikit Stres” – Cikgu Ulas Isu Pemansuhan Peperiksaan

Cikgu dikenali sebagai Sir Iqbal itu berkata, pemansuhan peperiksaan UPSR & PT3 akan membuatkan para pelajar tidak tahu cara mengendalikan tekanan semasa di alam pekerjaan.

cikgu ulas isu pemansuhan peperiksaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 26 November lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan bahawa dua peperiksaan besar iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) masih kekal akan terus dimansuhkan.

Jelas Fadhlina, pemansuhan pembelajaran berorientasikan peperiksaan itu adalah untuk mengurangkan tekanan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Susulan itu, KPM kini mengambil pendekatan untuk lebih fokus kepada pembangunan holistik murid serta pembelajaran berasaskan pertanyaan, eksplorasi, pengalaman dan mengikut konteks.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Mansuh Peperiksaan Demi Kurangkan Tekanan Murid – Fadhlina Sidek


Cikgu Anggap Golongan Muda Tidak Tahu Cabaran Diri Sendiri Jika Tak Ada Stres

Pengumuman ini kemudiannya telah mendapat respon daripada pelbagai pihak. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila cikgu dikenali sebagai Sir Iqbal (@iqbalahyar) berkongsi tentang pandangannya mengenai pemansuhan peperiksaan pelajar sekolah seperti yang ditetapkan oleh pihak KPM.

Menurut Sir Iqbal, golongan dewasa pada zaman kini terlalu memanjakan generasi muda sekaligus menyebabkan mereka tiada hala tuju dalam pembelajaran.

“Kenapa diorang (generasi muda) lembik? Jangan salahkan diorang. Salah kita, generasi tua yang asyik melindungi daripada segala jenis stres sampai mereka tiada stres.

“Tak ada stres adalah satu keadaan yang boleh menyebabkan stres. Apabila kita ada masalah yang kita tahu ia dalam kemampuan kita untuk kawal, kita akan jadi lebih fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Tapi bila tak ada masalah langsung, kita tak tahu apa cabaran kita. Diri tu akan timbulkan masalah daripada dalam (badan dan fikiran seseorang),” kata Sir Iqbal.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Malay Mail

Murid Berisiko Tidak Tahu Cara Kawal Stres Ketika Di Alam Pekerjaan

Selain itu, keputusan KPM untuk memansuhkan peperiksaan bagi mengawal tekanan murid-murid juga dikatakan boleh memberi kesan buruk kepada mereka sewaktu sudah bekerja nanti.

“Anak muda yang tengah membesar mereka memerlukan sedikit stres. Perlu ada benda tu supaya mereka boleh uji diri dan push limit mereka. Waktu kecil, ya kita boleh lindungi diorang.

“Tapi bila diorang dah besar masuk dalam alam pekerjaan, siapa yang nak lindungi diorang masa tu? Diorang dah tak tahu nak kawal stres, dan kita tak pernah ajar cara untuk mengendalikannya,” tambah cikgu berkenaan.


Harap Kerajaan Laksanakan Sistem Pembelajaran Setaraf UPSR & PT3

Beliau dalam masa sama berharap agar kerajaan boleh melaksanakan satu sistem yang setaraf seperti peperiksaan terdahulu.

“Nak tutup (mansuh) peperiksaan. Tutuplah. Tapi adakan satu sistem yang boleh setanding untuk bagi pelajar tu fokus,” ujarnya lagi.

@iqbalahyar

♬ original sound – Iqbal Ahyar

Orang Ramai Setuju Dengan Pandangan Sir Iqbal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai bersetuju bahawa golongan muda semakin terbiasa dengan kehidupan pembelajaran tanpa stres.

“Betul sangat sir. Sekarang ni tengok adik santai je. Dulu kita siang malam sekolah buat kelas tambahan untuk UPSR. Siap tumpang rumah cikgu lagi. Ni tidak diorang duduk rumah tengok iShowSpeed je,” ujar seorang lelaki.

Malah ramai berpendapat kerajaan sepatutnya mengkaji semula silibus sekolah dan bukannya memansuhkan peperiksaan.

“Silibus tu yang susah. Aku nak tolong ajar adik pun sakit otak tengok buku diorang,” ujar seorang wanita.

Bahkan ada juga yang berkata ramai golongan muda tidak pandai berdikari walaupun sudah meningkat usia.

“Itu yang sampai temuduga kerja mak bapak pun temankan. Dah kerja pun ada mak bapak datang dekat kerja kalau diorang ada masalah,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@iqbalahyar)

Baca Artikel Berkaitan: KPM Anggap Tidak Lagi Relevan Untuk Kembalikan UPSR & PT3 – Fadhlina Sidek

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Kita Bukan Tikus Makmal” – KPM Masih Akan Mansuhkan UPSR & PT3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd