[Video] Wanita Kesal ‘Baby Chair’ Kedai Makan Kotor & Berdaki, Minta Premis Jaga Kebersihan
Menurut wanita itu, bayi yang duduk pada ‘baby chair’ tersebut berisiko mengalami sebarang penyakit kerana keadaannya terlalu kotor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu pasti ada hari ‘malasnya’ yang mana mereka lebih memilih untuk makan di luar berbanding masak di dapur. Oleh disebabkan itu, golongan ini akan mencari kedai makan yang selesa dan bersih untuk menjamu selera.
Pun begitu, banyak juga kes di mana sesebuah restoran itu tidak menitik beratkan aspek keselamatan makanan dan kebersihan.
Seperti sebelum ini, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa sebanyak lapan buah premis makanan didapati mempunyai najis tikus dan lipas.
Baca Artikel Berkaitan: Menjijikkan! Najis Tikus & Lipas Dijumpai, Kedai Makan Diarah Tutup 14 Hari
Wanita Kesal Lihat Kerusi Bayi Di Kedai Makan Kotor & Berdaki
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@custom.blings) apabila seorang individu menzahirkan rasa kecewanya dengan keadaan kerusi bayi di sebuah kedai makan sekitar Melaka yang begitu kotor.
Menerusi video perkongsian, kelihatan wanita tersebut sedang membersihkan kerusi bayi yang bertukar warna kepada hitam itu menggunakan sehelai tisu basah.
Difahamkan kerusi berkenaan pada asalnya berwarna putih namun menjadi kotor apabila kulat dan daki melekat pada permukaan tempat duduk.
“Kedai makan, korang tolong la jaga bab ni. Kotor sangat-sangat ni. Kalau bersihkan betul-betul lepas pelanggan pakai, tak kan jadi sampai macam ni,” kata wanita itu.
Perlu Jaga Kebersihan Kerusi Bayi Untuk Elak Penyakit
Dalam masa sama, wanita tersebut turut memberi peringatan kepada peniaga premis makan untuk menggunakan kain yang bersih bagi mengelap kerusi bayi yang sudah digunakan.
“Nak lap janganlah pakai kain buruk yang tak cuci dan bersabun atau kain yang berbau hanyir. Ni berkaitan dengan kebersihan tau. Bayi dan kanak-kanak bawah 2 tahun duduk dalam ni. Boleh buat bayi sakit kalau ada yang duduk,” katanya.
Pelanggan terbabit turut berharap peniaga boleh menukar kerusi usang itu kepada yang baharu demi menjaga kesihatan para pelanggan.
“Kalau dah sampai tahap macam ni, tolonglah tukar🤮. Sekurang-kurangnya setahun sekali. Satu kerusi bukan beratus ringgit.
“Kalau jaga elok-elok baby chair ni tak akan sampai tahap macam ni dan tak perlu pun kerap tukar,” tambahnya lagi di ruangan kapsyen.
@custom.blings RANDOM POST.. Kedai makan.. korang tolong la jaga bab ni.. kotor sgt2 ni, kalau bersihkan betul2 lpas customer pakai, xkan jadi sampai mcm ni.. nk lap jgn la pakai kain buruk yg x cuci n x bersabun, kain yg bau hanyir.. ni berkaitan dgn kebersihan tau.. baby n kanak2 bawah 2 tahun dduk dlm ni.. boleh buat baby sakit kalau ade yg dduk.. Kalau dah sampai tahap camni, tolong la tukar, 🤮🤮 At least tukar stahun skali.. satu kerusi bukan beratus.. kalau jaga elok2 baby chair ni xkan sampai tahap mcm ni.. n x perlu pun kerap tukar. #xbersih #puncasakit #ibubapa #awareness #kebersihan #baby #kotor #jagakebersihan #hygiene #takbersih ♬ original sound – Custom Blings
Perlu Lap Kerusi Bayi Untuk Elak Penyakit HFMD
Menerusi carian kami, Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di laman Facebook sebelum ini pernah mengingatkan orang ramai khususnya para ibu bapa untuk mengelap permukaan kerusi bayi menggunakan cecair disinfeksi selepas menggunakannya.
Hal ini adalah penting bagi mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit seperti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) berlaku.
Memetik Pantai Hospital, HFMD adalah penyakit berjangkit yang biasa dialami oleh golongan kanak-kanak dan bayi.
HFMD dianggap sebagai penyakit endemik di Malaysia. Namun, ia menjadi kebimbangan kerana ia boleh mengakibatkan wabak besar dan kematian dalam kalangan anak kecil.
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Maut Akibat HFMD
Ramai Ibu Lebih Rela Bawa Kerusi Bayi Dari Rumah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa jijik melihat kerusi bayi yang sebegitu rupa.
“Tengok meja dan kerusi pun dah berkeladak. Bayangkan pula dapur,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga golongan ibu berkata mereka lebih rela membawa kerusi bayi mudah alih dari rumah untuk dibawa ke mana-mana kedai makan.
“Saya kalau tengok baby chair macam ni dekat kedai memang tak akan letak la anak dalam kerusi tu. Sekarang kalau nak makan dekat luar saya bawa kerusi bayi sendiri dari rumah, selamat pun ya,” kata seorang ibu.
Sementara itu, ramai juga berkata mereka sanggup mendukung bayi sewaktu makan daripada perlu meletakkan mereka di tempat duduk yang kotor.
“Pernah kena macam ni. Tak sanggup nak letak anak dekat tempat kotor. Rela pegang anak sampai kebas tangan dan bahu. Pemilik restoran, tolonglah alert sikit benda mudah macam ni,” ujar seorang individu.
Baca Artikel Berkaitan: Sisa Lampin Bayi Dipercayai Punca 16 Pengunjung Taman Rekreasi Di Pahang Dijangkiti Rotavirus
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram