[Video] “Saya Tak Akan Lupa Pengalaman Ni” – Lelaki Non Muslim Teruja Ikut Rakan Pergi Solat Jumaat
Pemuda berbangsa Cina ini meluahkan rasa gementar tetapi pada masa yang sama berasa tenang melihat tempat di mana para jemaah melakukan Solat Jumaat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Beruntung kita jadi rakyat Malaysia sebenarnya kerana dapat mempelajari pelbagai budaya dan adat daripada kaum berbeza.
Sebagai contoh walaupun perayaan Deepavali disambut oleh bangsa India, tetapi mereka juga menjemput rakan serta jiran bangsa lain ke rumah terbuka mereka. Siap ada yang masakkan hidangan halal kerana prihatin dengan pantang larang dalam agama lain.
Perbezaan ini tidak menjadi penghalang bagi masayarakat, tetapi menjadi pemangkin untuk hidup dalam keadaan aman harmoni antara sama satu sama lain.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terharu Jiran Bangsa Cina Gigih Tanam Pokok Limau Lepas Tahu Orang Melayu Guna Untuk Masak Sambal
Lelaki Bangsa Cina Ikut Rakan Bangsa Melayu Pergi Solat Jumaat
Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@babyjonnn), lelaki berbangsa Cina ini berkongsi pengalaman ketika menyertai rakan-rakannya yang beragama Islam untuk menunaikan Solat Jumaat.
Ketika berjalan menuju ke lokasi untuk bersembahyang yang dipercayai di sebuah tempat meletak kereta, pemuda ini memberitahu bahawa ini merupakan pengalaman buat pertama kali bagi dirinya.
“Ini adalah satu pengalaman yang saya tak akan lupa. Ni adalah satu pengajaran hidup untuk tidak takut cuba benda baru,” ujar pengguna TikTok tersebut.
Ketika memasuki lokasi untuk bersolat, pemuda ini menyatakan rasa gementar tetapi pada masa yang sama berasa tenang melihat keadaan di sana.
Sebelum duduk di barisan saf, lelaki berbangsa Cina ini juga mengikuti segala aksi rakan-rakannya untuk mengambil wuduk.
Bukan itu sahaja, rakannya yang dikenali sebagai Houdini memintanya untuk tidak berkata apa sebaliknya hanya mengikuti perbuatan yang dilakukan mereka semasa bersolat.
Dalam keadaan terpinga-pinga, pemuda itu hanya meniru sahaja cara solat yang dilakukan oleh rakannya itu satu per satu.
Tambahnya lagi, wujud sesetengah individu yang turut memandangnya dalam keadaan pelik.
Selepas selesai menyertai Solat Jumaat, lelaki tersebut memberitahu bahawa pengalamannya itu adalah sesuatu yang mengagumkan dan bercadang untuk mengikuti rakan-rakannya lagi.
Pelbagai Reaksi Diberikan Oleh Orang Ramai
Perkongsian lelaki berbangsa Cina itu telah meraih perhatian ramai sehingga ada yang tersentuh hati melihat bagaimana pengguna TikTok itu cuba untuk mengikuti cara rakannya menunaikan solat.
“Aku tersentuh waktu dia mula solat ketika dia tengok kawan dia solat. Macam mualaf betul nak belajar solat cara tatapan dia tu,” ujar pengguna media sosial.
Sementara itu, ada juga masyarakat yang memuji rakannya bernama Houdini yang menunaikan solat sunat sebelum melaksanakan Solat Jumaat secara berjemaah.
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial sempat bergurau kononnya memberi tips agar tidak mengambil selipar milik orang lain sekiranya selipar sendiri sudah hilang.
“Cara kedua, kalau selipar kau hilang, jangan rembat selipar orang,” gurau pengguna TikTok.
Selain itu, lokasi mereka menunaikan solat Jumaat juga menjadi persoalan kerana ia dilihat berada di tempat parkir kereta.
Seorang pengguna TikTok tampil menjelaskan bahawa ia berhampiran dengan bangunan Bank Islam di Jalan Perak.
Boleh Ke Orang Bukan Islam Sertai Solat Jemaah?
Pasti persoalan ini juga timbul dalam fikiran anda semua kan? Untuk menjawab segala pertanyaan, jom kami rungkaikan.
Menurut seorang penulis buku dikenali sebagai Ustaz Dzulkhairi menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook, beliau merumuskan bahawa tiada masalah untuk non-muslim solat bersama-sama.
Malah, kita juga diwajibkan untuk mengalakkan mereka untuk mendekati agama Islam.
Meskipun menyedari bahawa solat mereka tidak sah kerana tidak melengkapi syarat-syarat seperti beragama Islam, namun ia bukanlah alasan untuk kita menghalang mereka daripada solat bersama-sama.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.