[Video] “Rasanya Tu Katil Dia” – Orang Ramai Terhibur Tengok Oyen ‘Melawat’ Wad Hospital
Kucing jenis tabby berwarna jingga yang masuk ke dalam wad tersebut kelihatan bersih dan sihat, tidak seperti kebanyakan kucing liar yang terabai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pencinta kucing pasti teruja sekiranya terjumpa dengan si bulus tidak kira di mana sekalipun.
Namun kadangkala, ada sahaja si bulus ini ‘tersesat’ atau ‘menyibuk’ di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Seperti sebelum ini, seekor kucing hitam tersesat di atas kapal offshore di tengah lautan sehingga hampir dua bulan!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Employee Of The Month” – Kucing Pakai Uniform Shell Buat Ramai Terhibur
Oyen Tiba-Tiba Masuk Ke Dalam Wad Hospital
Baru-baru ini, satu video tular di TikTok (@aiisyisyii) memaparkan telatah seekor kucing jenis tabby berwarna jingga yang tidak semena-mena berjalan masuk ke dalam wad di sebuah hospital.
Selepas masuk ke wad berkenaan, dia terus duduk di atas lantai sambil ‘mengintai’ ke arah katil seolah-olah mahu melompat naik ke atas.
Si Oyen tersebut juga kelihatan bersih, sihat dan gebu, tidak seperti kebanyakan kucing liar yang terabai. Mungkin dia memang menetap di situ?
Difahamkan video berkenaan telah dirakamkan oleh seorang individu yang dimasukkan ke wad tersebut.
Video yang tular itu telah mencecah 1.6 juta tontonan dengan lebih 380 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
“Ni Katil Saya Ni Cik” – Pengguna Media Sosial
Tindakan Oyen yang masuk ke wad hospital itu ternyata agak ‘pelik’ sehingga mencuit hati orang ramai yang berseloroh sebagai kucing itu sendiri.
“Saya ada sembilan nyawa. Nak pinjam satu?” kata seorang individu.
Malah, ramai juga yang menganggap mungkin katil di wad yang diduduki individu berkenaan sebenarnya adalah tempat si bulus tersebut.
“Ni katil saya ni cik. Kenapa cik ada sini?” seloroh seorang pengguna media sosial.
Di samping itu, ada yang mempercayai bahawa Oyen sedang mendoakan kesihatan pesakit di wad berkenaan. Malah ada juga yang berkata mereka akan meminta kucing yang datang sewaktu sakit untuk mendoakan kesembuhan mereka.
“Kalau macam ni lagi bertambah semangat nak sembuh,” luah seorang individu.
Kucing ‘Ramal’ Kematian Pesakit Di Pusat Penjagaan
Kalau anda belum tahu, sebelum ini seekor kucing pernah menjadi buah mulut orang ramai apabila dikatakan berjaya ‘meramal’ kematian pesakit di sebuah Steere House Nursing and Rehabilitation Center in Providence, Rhode Island di Amerika Syarikat.
Kucing yang digelar Oscar itu sering berjalan di sekitar rumah penjagaan berkenaan sambil memerhatikan serta mencium bau pesakit.
Walaupun dia tidak mengendahkan orang ramai, namun dia hanya akan duduk dengan pesakit terpilih, yang selalunya akan menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.
Ketepatan Oscar dalam ‘meramal’ kematian pesakit ini sehingga menyebabkan sebuah protokol dibangunkan agar keluarga pesakit dihubungi dan menunggu pemergian orang tersayang mereka.
Menurut penerbitan dalam Journal of the Intensive Care Society, Oscar telah ‘meramal’ 50 kematian dengan tepat setakat 2010. Dia walau bagaimanapun telah mati pada 2022 setelah jatuh sakit.
Namun bagi umat Islam, sudah tentulah ajal itu bergantung pada qada dan qadar Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Nak ‘Bersalin’ Bikin Ribut Satu Office!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Tolak Monitor Komputer Hingga Jatuh Buat Ramai Geli Hati
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.