Now Reading
Rider Dedah Sering Berbaring Di Kubur Ibu Kerana Rindu Pada Insan Tercinta

Rider Dedah Sering Berbaring Di Kubur Ibu Kerana Rindu Pada Insan Tercinta

Menurut Azim, air teh bungkus yang sering dibawa ketika menziarahi kubur merupakan air kegemarah arwah ibunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular satu hantaran di TikTok memaparkan seorang pemuda yang juga penghantar makanan di mana dia dilihat sering terbaring di sisi kubur ibunya.

Gelagat lelaki itu bagaimanapun didedahkan oleh salah seorang individu yang turut berkunjung ke kubur yang sama dengan rider berkenaan.

Malah rider berkenaan tidak hanya membawa tikar untuk dibentangkan di tepi kubur ibu selepas membacakan Yassin buat insan tercinta itu bahkan dia juga membawa air teh bungkus.

Hantaran itu kemudiannya menjadi tular di pelbagai platform media sosial sehingga menjadi perhatian kerana ramai yang turut sebak melihatnya.

Rider dedah tindakan baring di kubur kerana rindu arwah ibu

Terbaharu, rider yang dikenali sebagai Abdul Azim Hasmandi memaklumkan tindakannya itu adalah untuk meluahkan rindu buat ibu yang sudah tiada.

Bukan sekadar itu sahaja, dia juga berbuat demikian demi menghidupkan kenangan indah bersama arwah ibu tercinta yang pergi menemui Ilahi pada 7 Jun lalu kerana terbabit kemalangan jalan raya.

“Dulu di rumah, saya selalu baring kacau-kacau umi sebab dia ada depan mata. Sekarang pun saya nak baring dengan dia cuma dipisahkan oleh alam lain. Kubur dah jadi rumah kedua saya setelah umi pergi,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Azim turut mengakui apabila berbaring di pusara ibu, dia mula mengingatkan kembali kenangan indah bersama si ibu.

“Saya terkenang waktu umi suruh saya ambil daun pisang, pasang payung untuk berniaga pagi, atau beli santan. Saya juga suka kacau umi waktu dia sibuk memasak untuk jual.

“Lepas balik kerja atau habis main badminton, saya selalu makan malam dengan umi sambil luah apa-apa yang terbuku,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Air teh bungkus yang dibawa ke kubur adalah kegemaran arwah ibu

Jelas pemuda itu lagi menziarahi kubur arwah ibu merupakan rutin yang istimewa buatnya. Dia turut mendedahkan punca sebenar dia membawa air teh bungkus ke pusara kerana air tersebut adalah kegemaran wanita berkenaan.

“Setiap kali saya datang, saya akan bawa seikat teh, sebab itu kegemaran umi. Dia selalu suruh beli waktu pagi sebelum saya pergi kerja. Kenangan itu paling saya tak boleh lupa.”

Azim dalam masa sama turut berkongsi kehilangan ibunya disebabkan kemalangan dengan motosikal. Insiden itu secara tidak langsung memberikan kesan begitu mendalam kepada dia dan keluarga.

Malah dia turut menceritakan detik ketika bapanya menerima panggilan untuk memaklumkan ibu terbabit kemalangan.

“Kami semua tak sempat berjumpa arwah buat kali terakhir. Saya sampai di tempat kejadian pun dah lewat. Saksi telefon abi (ayah) guna telefon umi.

“Mujur saya dah buang kata kunci telefon umi lama dulu, rupanya ada sebab. Waktu itu, saya hanya sempat merangkul dan meriba umi sambil menahan air mata,” ceritanya lagi.

Beri nasihat kepada semua untuk harga ibu bapa

Tambahnya lagi dia kini tinggal bersama bapa serta adik-beradik lain dan meneruskan kehidupan tanpa sosok tubuh ibu tersayang di sisi.

Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada semua untuk sentiasa menghargai ibu bapa ketika mereka masih lagi hidup.

“Jangan pernah berhenti membuat mereka senyum. Belajarlah untuk menggembirakan mereka. Bila mereka sudah tiada, segala senyuman dan gelak tawa akan bertukar menjadi trauma yang tiada penawar.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd