Now Reading
“Effort A+” – Keluarga Sambut Graduan Dengan ‘Banner’ & Persembahan Gendang Buat Ramai Teruja

“Effort A+” – Keluarga Sambut Graduan Dengan ‘Banner’ & Persembahan Gendang Buat Ramai Teruja

Graduan USM dikenali sebagai Hariharan itu disambut meriah oleh keluarganya dengan kalungan bunga, sebiji kek, paparan pingat serta piala dan banyak lagi.

Sambut Konvokesyen Graduan USM Guna Sepanduk & Persembahan Gendang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali ahli keluarga atau kenalan terdekat bergraduasi, pasti kita mahu menyambut mereka dengan meriah selepas mereka penat serta bersungguh-sungguh belajar selama ini.

Kebiasaannya, insan tersayang akan hadir ke majlis konvokesyen dengan membawa gubahan bunga sebagai hadiah atau belanja mereka makan.

Namun lain pula buat sesetengah keluarga yang mana mereka ingin menyambut hari istimewa tersebut dengan cara yang lebih unik.


Insan Tersayang Sediakan Sepanduk Ketika Hari Konvokesyen USM

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@khogi.kutty) menyaksikan suasana riuh semasa Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-62.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang graduan dikenali sebagai Hariharan Manivannan disambut meriah oleh insan tersayang dipercayai ahli keluarga dan rakan-rakannya selepas majlis graduasi tersebut tamat.

Lain daripada lain, kenalan terdekat Hariharan telah menempah satu sepanduk khas memaparkan foto-fotonya dengan ucapan tahniah bersempena dengan kejayaannya meraih skrol graduasi.

Sumber: TikTok (@khogi.kutty)

Bukan itu sahaja, mereka juga telah membeli sebiji kek selain mempamerkan piala dan pingat yang dipercayai diperoleh oleh Hariharan sebelum ini. Berasa bangga dengan kejayaan graduan itu, mereka juga memakaikan kalung bunga pada Hariharan.


Persembahan Gendang Pun Ada!

Tidak terhenti di situ, persembahan khas gendang juga memeriahkan pekarangan USM pada hari istimewa tersebut. Memang ‘rare’ betul sambutan konvokesyen kali ini!

Di akhir perkongsian, kelihatan ahli keluarga yang hadir ke majlis berkenaan turut menari-nari dan mengangkat Hariharan dengan teruja.

@khogi.kutty Congratulations Thambi boyy ♥️ @Hariharan Manivannan This is how we do it, #USMSTYLE 🔥 #graduation #convo #convex #usm #hbp #thambi #adik #don ♬ original sound – 🧿Y U V A N _ 2 3 7 8 🪐✨ – M U S I C H E A V E N 💎🪬

Ramai Teruja Lihat Sambutan Konvokesyen Yang Sangat Meriah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji ahli keluarga dan rakan Hariharan kerana menghargai kesungguhannya kerana menamatkan pelajarannya.

“Wow dia punya meriah tu dah macam kenduri kahwin. Cara mereka menghargai penat lelah salah seorang ahli keluarga yang bergraduasi setelah bertungkus-lumus belajar. Tahniah!” kata seorang wanita.

Malah ada individu yang berkata dia sanggup menyambung pengajian secara berterusan sekiranya akan diraikan sebegitu rupa sewaktu majlis graduasi nanti.

“Kalau macam ni punya sambutan sampai PhD (Doktor Falsafah) pun aku sanggup sambung 😂,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga berasa teruja dengan sambutan yang dikatakan seronok dan luar biasa.

“Weh best gila😭. Ni kalau aku ada dekat situ mesti buat muka tak malu sebab nak join sekali,” ujar seorang warganet.

Orang ramai dalam masa sama turut mendoakan kejayaan Hariharan pada masa akan datang.

Sumber: TikTok (@khogi.kutty)

Keluarga Datang Ke Majlis Konvo Bawa Hadiah Seperti Hantaran Perkahwinan

Terdahulu, sambutan majlis graduasi yang agak luar biasa turut dirasai oleh seorang graduan wanita dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Semasa hari istimewa itu berlangsung, bapa saudaranya serta beberapa ahli keluarga yang lain telah datang bersama dengan membawa kejutan hadiah konvokensyen seperti hantaran perkahwinan.

Beberapa orang ahli keluarganya turut dilihat sedang memegang dulang hadiah dilengkapi hiasan seakan rombongan meminang atau menikah. Antara hadiah yang disediakan di atas dulang hantaran itu adalah baju kelawar, wang tunai, ubat resdung dan ‘King Crab’!

Sumber: TikTok (@shahirafairuss)

Baca Artikel Berkaitan: “First Time Tengok! Sangat Rare” – Keluarga Beri Kejutan Hadiah Konvo Seperti Hantaran Kahwin [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Semangat Setiakawan” – Mahasiswa Pilih Hospital Jadi Lokasi Photoshoot Konvo

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Naik Flying Fox Pakai Jubah Bak Harry Potter, Aksi Lelaki Ini Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd