Now Reading
[Video] Sarungkan Jubah Kerana Ibu Tak Dapat Hadir Majlis Konvokesyen, Wanita Buat Ramai Sebak

[Video] Sarungkan Jubah Kerana Ibu Tak Dapat Hadir Majlis Konvokesyen, Wanita Buat Ramai Sebak

Menurut Aina, ibunya tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen kerana perlu menjaga ayah yang kurang sihat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kejayaan yang dikecapi oleh seorang anak pastinya akan didedikasikan buat ibu bapa.

Ini kerana merekalah insan yang paling layak untuk mendapat segala kejayaan itu selepas gigih berkorban untuk memastikan anak mereka berjaya hingga ke menara gading.

Bukan hanya itu, mereka juga menempuh segala kesusahan demi memastikan anak yang tercinta mendapat ilmu pengetahuan dengan sebaiknya dan menjadi insan berguna di masa hadapan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada anak-anak yang meraikan ibu bapa mereka dengan kejayaan dimiliki seperti memberikan hadiah dan sebagainya.

Wanita sarungkan jubah graduasi pada ibu kerana tak dapat datang majlis konvokesyen

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini apabila dia juga mendedikasikan kejayaannya kepada si ibu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aina di TikTok, awalnya kelihatan dia dan ibu seperti berada di kebun.

Aina kemudian menyarungkan jubah biru ke badan ibu tercintanya sebagai salah satu tanda penghargaannya kepada insan tersayang berkenaan.

Ibu berjalan dalam kebun sambil pakai jubah disarung oleh anak

Dalam video itu, kelihatan si ibu kemudian memakai jubah yang disarung oleh anaknya itu berjalan ke kebun sambil membawa guni.

Malah dia memohon maaf kepada anaknya kerana tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen wanita itu.

“Mak minta maaf mak tak dapat pergi konvo hang,” ujar si ibu.

“Tak apa mak, jangan sedih nanti adik sambung master (pengajian) mak boleh pergi ya,” balas Aina.

Ibu tak pergi majlis konvokesyen kerana perlu jaga bapa yang kurang sihat

Ketika ditanya mengapa ibu tercinta tidak ke majlis konvokesyen, Aina itu memaklumkan ibu perlu menjaga bapanya yang berada dalam keadaan kurang sihat

Ujar Aina, dia ke majlis konvokesyen tersebut ditemani oleh kakak dan abang.

“Mak kena jaga ayah, ayah saya tak berapa sihat. Jadi mak dengan ayah memang tak pergi,” katanya kepada BuzzKini.

Melihat di ruangan komen, tindakan wanita itu menyarungkan jubah berkenaan kepada ibunya telah membuatkan ramai sebak serta terharu.

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah kepada wanita tersebut atas kejayaannya yang berjaya menamatkan pengajian.

Ada juga yang menyifatkan mereka bangga dengan wanita tersebut dan menyifatkan dia seorang anak yang hebat.

“Mula-mula sedih tengok tapi part acik usung guni tu acik nak pergi mana? 😂😂 Tahniah ya dik!”

This image has an empty alt attribute; its file name is sarung-jubah-konvo-pada-mak-1.jpg

“Sedih pula rasa, semoga Allah permudahkan segala kesulitan. Semoga kamu berjaya di dunia akhirat.

This image has an empty alt attribute; its file name is sarung-jubah-konvo-pada-mak-2.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd