Now Reading
[Video] Orang Ramai ‘Seram’ Lihat Masyarakat Bersesak Di Pavilion KL Untuk Rasa Salji Palsu

[Video] Orang Ramai ‘Seram’ Lihat Masyarakat Bersesak Di Pavilion KL Untuk Rasa Salji Palsu

Difahamkan orang ramai bersesak di hadapan Pavilion Kuala Lumpur kerana mahu merasai sendiri pengalaman salji palsu yang tular bersempena dengan sambutan Krismas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjelang bulan Disember, pastinya banyak pusat membeli-belah yang akan mula menghiasi premis mereka dengan dekorasi bersempena dengan sambutan Krismas.

Kebiasaannya sambutan ini akan dipenuhi dengan pokok Krismas atau replika gula-gula menggambarkan keriangan perayaan berkenaan.

Tetapi sejak kebelakangan ini, banyak premis membeli-belah yang mula menyediakan hiasan unik untuk menarik lebih ramai pengunjung seperti adanya salji palsu yang diperbuat daripada buih sabun.


Salji Palsu Punca Ramai Sanggup Bersesak Di Hadapan Pavilion KL

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@gansahonn) menunjukkan situasi di hadapan Pavilion Kuala Lumpur ketika dia mahu merasai sendiri pengalaman salji palsu yang tular di media sosial.

Namun detik yang sepatutnya memberi kegembiraannya itu bertukar sebaliknya apabila keadaan di sana terlampau padat dengan pengunjung yang lain.

Nak bergerak pun sesak ya kerana mempunyai jarak yang sangat dekat antara satu sama lain. Sampai kena ada pihak berkuasa yang mengawal orang ramai.

Lebih membimbangkan, ada juga yang dilihat membawa anak kecil dan cuba untuk melalui kawasan tersebut.

Video tersebut meraih perhatian ramai sehingga mendapat 194,700 tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@gansahonn/video/7441108857092312327

Masyarakat Bimbang Jika Insiden ‘Stampede’ Di Korea Selatan Terjadi

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan reaksi orang ramai yang bimbang melihat keadaan yang cukup sesak dalam satu kawasan yang agak sempit.

Malah, netizen turut meluahkan kerisauan mereka sekiranya berlaku insiden tidak diingini seperti kes rempuhan di Itaewon, Korea Selatan terjadi di Malaysia.

“Tak belajar dari Itaewon Stampede (rempuhan) ke diorang ni?” soal netizen.

Selain itu, ada yang juga mempersoalkan tindakan sesetengah ibu bapa yang dilihat membawa anak kecil ke tempat sedemikian.

“Orang keluar bawa anak pergi tempat sesak ni gigih ya. Nak berdukung nak stroller bagai, letih weh,” ujar pengguna TikTok.

Selepas melihat situasi yang berlaku, segelintir netizen pula sudah menukar perancangan mereka untuk ke hari lain.

Sumber: TikTok

Tragedi Rempuhan Di Itaewon

Sebelum ini, tragedi rempuhan Itaewon di Korea Selatan yang menyebabkan 151 anak muda terbunuh dan 156 orang cedera pada 29 Oktober 2022 telah mengejutkan masyarakat seluruh dunia.

Sewaktu menyambut Halloween, jumlah pengunjung di kawasan tersebut bertambah secara drastik sehingga membawa kepada rempuhan.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan tiada rakyat Malaysia maut dalam kejadian itu namun seorang dilaporkan cedera dan menerima rawatan di Hospral Universiti Joogang.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Halloween Itaewon: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd