Now Reading
[Video] Keluarga Di London Ini Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun Dengan Jual Nasi Kerabu

[Video] Keluarga Di London Ini Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun Dengan Jual Nasi Kerabu

Keluarga ini telah menjual Nasi Kerabu di Victoria Park, London sejak dari tahun 2019 lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun kadangkala terlibat dalam perselisihan faham, namun rakyat Malaysia akan bersatu teguh apabila mempertahankan makanan tradisional mereka terutamanya di luar negara.

Bila ada mat saleh yang puji betapa sedapnya Nasi Lemak, Nasi Kandar, atau Roti Canai, pasti rasa bangga sekejap.

Untuk korang yang berada di London, United Kingdom dan tiba-tiba mengidam Nasi Kerabu, dah tak perlu bersusah payah ke Malaysia kerana hidangan ini juga dijual oleh sebuah keluarga dari Malaysia yang menetap di sana.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Malaysia” – Suasana Meriah Bazar Ramadan Di Australia Undang Perhatian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan


Keluarg Malaysia Ini Buka Gerai Jual Nasi Kerabu Di London

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@christhechindian), dua orang pemuda ini berkongsi kisah tentang sebuah keluarga yang menjual menu Nasi Kerabu di Victoria Park, London.

Gerai mereka yang diberi nama ‘Eat Lah’ itu beroperasi dengan membuka tapak khemah berwarna biru di sebuah taman yang dikunjungi orang ramai.

Sumber: TikTok @christhechindian

Ketika ditanya oleh pemilik video tentang hasil jualan, peniaga tersebut mendedahkan mereka berjaya meraih sekitar RM2,243,021 (£400,000) dalam tempoh setahun.

Kalau korang nak tahu, peniaga berbangsa Cina ini sebenarnya dilahirkan di British dan berkahwin dengan rakyat Malaysia yang berasal dari Kelantan.

Sebelum membuka perniagaan itu pada tahun 2019 sehingga ke hari ini, lelaki berkenaan memaklumkan bahawa dia merupakan seorang arkitek selama 10 tahun.

“Saya rasa saya dah hilang minat dalam bidang arkitek. Sebab tu saya mula buka bisnes jual Nasi Kerabu memandangkan saya pun dibesarkan dalam persekitaran yang dikelilingi dengan makanan,” ujarnya.

Sumber: TikTok @christhechindian

Jelas peniaga ini lagi, mereka mengambil beberapa tempoh untuk mengembangkan perniagaan kerana tidak ramai yang tahu tentang Nasi Kerabu di London.

“Sejujurnya, ambil masa juga untuk orang tahu tentang apa yang kami jual kerana bukan semua tahu tentang nasi berwarna biru ini,” katanya.


Penduduk Tempatan Di London Tertanya Macam Mana Peniaga Ini Buat ‘Nasi Biru’

Dua orang rakyat Malaysia yang menemu ramah peniaga itu juga diberi peluang untuk ‘bekerja’ sekejap di gerai tersebut dan sempat berbual dengan seorang penduduk tempatan di sana.

Ketika ditanya hidangan yang mahu dibeli, individu berkenaan berkata dia mahu membeli keropok kerana rasanya yang sedap.

Selain itu, dia juga tertanya-tanya bagaimana peniaga terbabit boleh memasak nasi berwarna biru.

Namun jawapan daripada pengguna TikTok ini agak menghiburkan. ‘Rahsia’ katanya!

https://www.tiktok.com/@christhechindian/video/7440392134135450898

Ramai Bangga Nasi Kerabu Dikenali Di Luar Negara

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang berbangga apabila hidangan popular dari Kelantan itu dipromosikan dalam video berkenaan.

Malah, mereka turut mendoakan agar perniagaan Nasi Kerabu itu akan semakin berkembang maju di London.

Seorang netizen pula katanya sudah boleh teka bahawa pasti salah seorang daripada ahli keluarga peniaga ini mempunyai latar belakang di sekitar Pantai Timur kerana memiliki kemahiran memasak hidangan tersebut.

“Waktu awal-awal nampak video ni, dah terfikir dah mesti dia ni dari Kelantan atau Pattani. Rupanya betul sebab isteri dia orang Kelantan,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd