Now Reading
[Video] 2 Wanita Duduk Atas Lantai Tren KTM Hingga Halang Laluan Masuk Undang Pelbagai Reaksi

[Video] 2 Wanita Duduk Atas Lantai Tren KTM Hingga Halang Laluan Masuk Undang Pelbagai Reaksi

Menerusi video tular, kelihatan dua wanita itu sedang duduk di atas lantai tren KTM koc wanita sambil bermain dengan telefon masing-masing.

dua wanita duduk atas lantai tren KTM hingga halang laluan masuk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai di kalangan masyarakat yang menggunakan pengangkutan awam seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM), transit kereta api ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) serta bas dalam rutin harian mereka.

Namun begitu, masih ada segelintir penumpang yang kurang cakna tentang etika atau adab semasa menggunakan perkhidmatan ini. Sebelum ini, tular seorang wanita yang bertindak meletakkan begnya di kerusi zon keutamaan LRT.

Perkara yang membuatkan warganet bengang adalah kelihatan ramai penumpang lain di dalam koc tersebut sedang berdiri dan lebih memerlukan tempat duduk tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Wanita Selamba Letak Beg Di Kerusi Zon Keutamaan Dalam LRT Undang Kecaman


Dua Wanita Duduk Dalam Lantai Koc Tren Hingga Halang Laluan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Irene (@princessireneprin1) berkongsi situasi di dalam sebuah koc wanita KTM.

Menerusi video perkongsian, kelihatan tren tersebut berada dalam keadaan sesak dengan jumlah penumpang yang ramai. Kebanyakannya daripada mereka juga tidak mendapat tempat duduk.

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah aksi dua orang wanita yang duduk di atas lantai koc sambil dikelilingi penumpang yang berdiri.

Ia menjadi satu isu apabila Irene mendakwa dua wanita itu menghalang laluan penumpang lain untuk memasuki tren terbabit.


Penumpang Harus Menunggu Tren Lain Tiba

Perkara tersebut menyebabkan penumpang yang terkesan harus menunggu tren lain tiba yang mana dikatakan mengambil masa satu jam menunggu.

“Ramai tak dapat masuk lepas tu kena tunggu lagi satu jam untuk tren seterusnya. Sudah tambah pula jadi tiga jam (menunggu) Ya Allah. Balik kerja sampai rumah pukul berapa? Bayangkan kalau korang jadi dia (penumpang)?” kata Irene.

Dalam masa sama, mereka juga dilihat bermain dengan telefon bimbit masing-masing seolah-olah tidak cakna dan prihatin terhadap keadaan sekeliling.

@princessireneprin1

di sebab kan 2 mangkuk ne ramai tk dpt masuk train sb time blk krj kmudian muka buat deck tp berbau siapa suruh duduk

♬ original sound – Princess Irene Princess Irene

Untuk info, duduk di atas lantai koc tren adalah dilarang sama sekali.

Memetik Buku Panduan Penggunaan Kereta Api KTM, antara larangan lain dalam kereta api adalah bersandar pada pintu dan tiang, berdiri di hadapan pintu, membawa haiwan peliharaan, berlari dalam tren, merokok atau menggunakan rokok elektronik serta makan dan minum.

Sumber: KTM

Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat 2 Wanita Duduk Di Lantai Tren

Menjengah ke ruangan komen, segelintir individu dilihat meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan dua wanita berkenaan kerana dianggap tidak bertimbang rasa dengan orang lain.

“Tak boleh faham orang macam ni. Kalau bukan peak hours tiada siapa kisah pun kau nak duduk atas lantai tu tapi common sense lah, kalau terpijak tak pasal-pasal,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah ada juga yang berkongsi kisah lebih kurang sama yang pernah berlaku sebelum ini tentang penumpang yang duduk di atas lantai koc.

“Kami pernah jumpa macam ni masa musim cuti. Orang memang padatlah kan. Bila pintu (tren) buka mereka terus duduk (dekat lantai) tak bangun. Orang nak masuk jadi susah, akhirnya orang meluru masuk rempuh sampai diorang bangun,” kata seotang wanita.

Sementara itu, ramai juga mengingatkan orang ramai untuk berani bersuara dan menegur secara bersemuka sekiranya perkara sebegitu berlaku.

“Lain kali tegur je. Nak duduk boleh sebab penat berdiri lama-lama. Tapi bukan duduk tengah-tengah ganggu ruang orang berdiri. Daripada ramai orang boleh masuk jadi sempit. Terpijak nanti marah,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@princessireneprin1)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jijik! Pengguna LRT Makan Dalam Tren, Siap Buka Kasut & Kaki Berstokin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rapid KL ‘Tegur’ Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam MRT


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd