“Sanggup Tahan Lapar Macam Ni” – Nuget 2 Ketul Berharga RM5 Di Konsert Dua Lipa Jadi Perhatian
Pelanggan dikenali sebagai Airiey itu berkata dia tetap membeli nuget RM5 itu kerana berasa lapar sewaktu berlangsungnya konsert Dua Lipa di Axiata Arena Bukit Jalil.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang bergelar peniaga dan usahawan sudah tentu anda menitik beratkan untung dalam jualan. Pun begitu, banyak juga kes di mana peniaga meletakkan harga yang begitu tinggi dan tidak masuk akal untuk setiap barangan dijual.
Kadangkala, golongan ini mengambil kesempatan untuk ‘mark up’ harga sekiranya barang tersebut adalah terhad atau susah untuk didapati di sesuatu tempat.
Sebagai seorang pengguna, mereka juga berkemungkinan tiada pilihan lain selain membeli barangan dengan harga ‘cekik darah’ itu.
Lelaki Beli Nuget 2 Ketul Dengan Harga RM5 Di Stadium Konsert
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Airiey (@airieysayuti20) berkongsi makanan yang dibeli olehnya bersama rakan ketika menghadiri konsert Dua Lipa di Axiata Arena Bukit Jalil.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Airiey telah membeli dua ketul nuget manakala rakannya membeli enam ketul kentang jenis wedges.
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah setiap snek tersebut dijual dengan harga RM5 setiap satu bungkus. Ini bermaksud satu ketul nuget berharga RM2.50!
Tetap Beli Nuget Walau Harga Mahal Kerana Nak Alas Perut
Walaupun dikenakan caj yang mahal, Airiey tetap membeli makanan berkenaan kerana dikatakan lapar dan mahu mengalas perut semasa berlangsungnya konsert.
Bukan itu sahaja, makanan dan minuman dari luar yang tidak boleh dibawa masuk juga antara punca lelaki itu mengambil keputusan untuk membeli nuget tersebut.
Meskipun begitu, pengunjung konsert berkenaan masih boleh bergelak ketawa berdepan dengan situasi tersebut seperti pasrah dengan harga yang perlu dibayar.
“Sebab konsert Dua Lipa kot. Artis antarabangsa, harga nuget pun antarabangsa,” ujar Airiey.
@airieysayuti20 2 ketul nagget RM5, beli sebab lapar😆 #axiataareana #dualipaconcertinkL ♬ original sound – Airiey sayuti
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Harga 2 Ketul Nuget RM5
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati kerana penjual mengenakan harga yang mahal hanya untuk dua ketul nuget.
“Aku rela masak sendiri kalau dua ketul nuget RM5. Seketul jatuh RM2.50. Guna minyak emas ke apa?” tanya seorang wanita.
Malah ramai juga berkata mereka lebih rela tahan lapar daripada membeli nuget tersebut.
“Sanggup aku tahan lapar kalau macam ni. Makan dua ketul pun bukan kenyang. Kenyang seminit je 😂,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga sempat berseloroh melihat situasi berkenaan.
“Cukup tak tu bang? Dekat rumah saya ada lagi dua paket nuget. Boleh saya tolong top up kan,” kata seorang pengguna TikTok.
Lapor Kepada KPDN
Untuk info, kes peniaga menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal dan tidak munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.
Ini terletak di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebelum ini, pihaknya mempunyai cara pengiraan dan penetapan pencatutan (profiteering) yang mengambil kira banyak faktor seperti harga asal, kos pengilangan, pembungkusan, pengedaran, harga borong dan akhirnya harga runcit.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Itu Pencatutan & Kenapa GSC Didenda RM45,000 Kerana Mencatut Air Mineral & Keropok Kentang?
Berikut kami senaraikan saluran KPDN yang anda boleh hubungi bagi melaporkan kes sedemikian. Antaranya:
- Portal e-Aduan KPDN.
- Aplikasi Ez-ADU KPDNHEP
- Talian Hotline: 1-800-886-800
- Pesanan WhatsApp: 019-2794317
- E-mel: e-aduan@kpdnhep.gov.my
- Pusat Arahan Penguatkuasaan (EEC): 03-8882 6088 atau 03-8882 6245
Baca Artikel Berkaitan: Dendeng Khairulaming Dijual Semula Setinggi RM39.90 Dengan Alasan ‘Majlis Kenduri Cancel’
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Kedai Jual Nasi lemak Tapi Sambal, Telur Rebus & Ikan Bilis Perlu Dibeli Asing
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram