Now Reading
[Video] Pemandu Tukar Tayar Di Lorong Kanan Lebuh Raya Hampir Sebabkan Kereta Belakang Kemalangan

[Video] Pemandu Tukar Tayar Di Lorong Kanan Lebuh Raya Hampir Sebabkan Kereta Belakang Kemalangan

Pemilik kereta Viva itu juga dilihat melambai-lambaikan tangannya sebagai isyarat kepada pemandu untuk menukar lorong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa lorong paling kanan di jalan raya dikhaskan bagi kenderaan ringan yang mahu memotong dalam had laju yang dibenarkan.

Sekiranya berlaku kecemasan seperti kereta tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba, pemandu digalakkan untuk bergerak berhati-hati ke lorong kecemasan di laluan paling kiri.

Namun aksi yang dilakukan oleh seorang pemandu sebelum ini telah mengakibatkan ramai pengguna jalan raya geleng kepala selepas video tersebut tular.


Pemandu Kereta Viva Berhenti Dan Tukar Tayar Kereta Di Lorong Kanan Di Lebuh Raya

Dalam satu video dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV – sstv.my, seorang pemandu kereta Perodua Viva telah mencetuskan situasi mencemaskan buat beberapa pengguna jalan raya apabila dipercayai memberhentikan kenderaannya di lorong kanan lebuh raya.

Difahamkan tindakan itu dibuat oleh kerana mahu menukar tayar keretanya yang pancit.

Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan ramai pemandu di lorong kanan yang terpaksa mengelak secara mengejut, termasuklah pemilik rakaman video dashcam tersebut.

Dalam video berkenaan, pemilik dashcam terpaksa mengelak ke kiri secara mengejut selepas sebuah kereta Honda Civic berwarna putih tiba-tiba menekan brek.

Dia walau bagaimanapun berjaya menukar ke lorong tengah. Di hadapan kereta berwarna putih itu pula terdapat dua buah kenderaan yang sudah berhenti.

Pemilik kereta Viva itu juga dilihat melambai-lambaikan tangannya sebagai isyarat kepada pemandu untuk menukar lorong.


Masyarakat Anggap Tindakan Ini Berisiko Tinggi

Meskipun pemandu terbabit memberikan isyarat dengan melambai tangan, namun ramai netizen beranggapan tindakan tersebut agak membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Ini kerana kebanyakan kereta akan memandu dengan agak laju di lorong paling kanan yang umum sedia maklum sebagai laluan untuk memecut.

Malah tidak kelihatan sebarang segi tiga amaran yang digunakan sebagai isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain.

Mungkin Kereta Tak Boleh Bergerak

Namun, ada juga sesetengah netizen yang berpendapat bahawa kita tidak boleh sesuka hati menghentam pemandu tersebut kerana tidak mengetahui situasi sebenar yang terjadi.

“Kita jangan pandai hentam orang je. Mungkin tayar tak boleh gerak langsung. Kita tak ada di tempat kejadian. Tuduh maki macam-macam. Dosa je dapat,” ujar pengguna Facebook.

Bukan itu sahaja, agak sukar untuk sebuah kenderaan yang pancit untuk bergerak ke laluan kecemasan di sebelah kiri selepas berhenti sepenuhnya.

Sumber: Facebook

Apa Perlu Buat Jika Tayar Kereta Pancit Ketika Memandu?

Tidak dinafikan, situasi di mana tayar kereta pancit atau pecah secara tiba-tiba boleh berlaku tanpa dijangka ketika sedang memandu di jalan raya.

Sekiranya anda berdepan keadaan seperti ini, berikut adalah panduan seperti yang dikongsikan di laman web Carsome:

  1. Kekal bertenang.
  2. Kawal stereng dengan kemas dan brek perlahan-lahan.
  3. Berhenti di lokasi yang selamat dan rata.
  4. Hidupkan lampu kecemasan.
  5. Letakkan segi tiga amaran atau warning triangle sekurang-kurangnya 45 meter dari belakang kereta.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Selepas selesai melakukan perkara di atas, anda boleh menggantikan tayar baharu dengn cara seperti berikut:

  • Menyediakan alatan yang diperlukan seperti jack kereta, spanar, tayar ganti dan kunci nat tayar.
  • Longgarkan nat tayar menggunakan spanar untuk menanggalkan skru tayar.
  • Letakkan jack kereta di kedudukan yang berhampiran dengan tayar.
  • Keluarkan nat kereta dengan melawan arah jam dan tarikh keluar tayar daripada kereta.
  • Gantikan dengan tayar baharu dan ketatkan semula nat tayar.
  • Kemudian, turunkan kereta dan pijak spanar untuk memastikan cengkaman skru kuat dan selamat.

Selepas menukar tayar ganti, anda disarankan untuk menukar tayar baharu di bengkel dengan segera kerana tayar ganti hanya boleh bergerak dalam lingkungan 80 hingga 113 kilometer sahaja dengan kelajuan maksimum 80km/j.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Perodua Akhirnya Setuju Beli Semula Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd