[Video] Aksi Penduduk Kampung Buat Lubang Untuk Alirkan Air ‘Mengabang’ Terus Ke Laut Cetus Perdebatan
Jelas Ganu Pedia pula, mengabang merupakan satu bentuk muka bumi yang terkenal di Terengganu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan, Malaysia sering menerima taburan hujan yang lebih kerap terutamanya di sekitara kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia berikutan tibanya Monsun Timur Laut.
Boleh dikatakan setiap tahun pastinya pihak Jabatan Metereologi Malaysia akan memberi peringatan agar masyarakat berwaspada dengan cuaca berkenaan yang juga boleh mengakibatkan berlakunya banjir.
Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai lebih-lebih lagi mereka yang berada di kawasan berhampiran sungai akan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kenaikan air di kawasan kediaman.
Baca Artikel Berkaitan: “Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Pada November Berdasarkan Faktor Klimatologi” – MET Malaysia
Penduduk Kampung Buat Lubang Untuk Biar Air Mengalir Terus Ke Laut
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@toxxxx__), sekumpulan penduduk di Kampung Seberang Tayor, Terengganu sedang meredah kawasan air setinggi paras lutut mereka yang dilihat turut dikelilingi dengan tumbuhan hijau.
Selepas tiba di kawasan berpasir berhampiran Pantai Kemasik, mereka telah mengorek tanah sehingga membentuk aliran seperti longkang di penghujung kawasan air yang mereka lalui.
‘Longkang’ berkenaan kemudiannya membolehkan air yang bertakung itu dilepaskan terus ke dalam laut.
Lama-kelamaan, aliran air itu menjadi semakin luas apabila lebih banyak air mula mengalir dengan deras. Siap ada yang dengan seronoknya mandi sambil menggelongsor turun di dalamnya.
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Aktiviti Penduduk Kampung Ini
Sesetengah masyarakat yang melihat aksi yang dilakukan oleh mereka itu mempersoalkan sama ada aktiviti tersebut adalah satu perkara yang boleh dilakukan atau tidak.
Ini kerana wujud dakwaan dari sesetengah pengguna media sosial bahawa tindakan penduduk kampung yang membuat aliran itu dikatakan boleh mengubah peta dunia.
Walau bagaimanapun, seorang pengguna TikTok tampil menjelaskan aksi yang dilakukan itu bertujuan untuk membuang air bertakung dan secara tidak lansung dapat mengelakkan berlakunya banjir.
Jelasnya lagi, air laut akan menolak semula pasir ke dalam lubang yang dibuat.
Selan itu, seorang lagi penggguna media sosial yang memberitahu bahawa akitiviti ini turut dilakukan di Sarawak.
Air Yang Dibuang Dipercayai Dipanggil Air Mengabang
Carian kami di media sosial mendapati tindakan ini sebenarnya adalah satu perkara normal di Pantai Timur dan dipraktikkan di Terengganu.
Memetik Amazing Terengganu, air mengabang yang mengalir keluar terus ke laut. Jelas Ganu Pedia pula, mengabang merupakan satu bentuk muka bumi yang terkenal di Terengganu. Kewujudan fenomena ini menyebabkan ada nama tempat di Terengganu yang diberikana nama seperti:
- Mengabang Telipot
- Mengabang Tengah
- Ladang Mengabang
Persiapan Awal Menghadapi Banjir
Rakyat Malaysia mungkin sudah belajar daripada kesilapan lalu ketika berlakunya banjir besar pada Disember 2021. Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa persiapan awal banjir yang perlu dilakukan sebelum bencana ini melanda sekali lagi.
- Mendengar hebahan semasa menerusi televisyen, radio, agensi-agensi kerajaan, serta Bilik Gerakan Banjir Negeri.
- Memastikan di mana lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat masing-masing.
- Menyediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan yang secukupnya.
Langkah-langkah keselamatan pula adalah:
- Memindahkan segala barangan berharga, perabot dan barangan bahaya seperti racun perosak ke tempat yang lebih tinggi.
- Memutuskan sambungan peralatan elektrik.
- Menutup api dan gas.
Berikut pula adalah perkara yang paling penting perlu disediakan sebelum bencana banjir melanda, iaitu beg kecemasan untuk setiap rumah yang penuh dengan barangan seperti:
- Dokumen penting.
- Pakaian, kasut dan selimut.
- Lampu suluh dan bateri.
- Kit Bantuan Kecemasan & ubat-ubatan.
- Wisel.
- Makanan tahan lama.
- Air.
- Radio mini mudah alih berbateri.
- Kit kebersihan.
- Telefon dan powerbank.
- Wang ringgit.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir
Baca Artikel Berkaitan: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.