Now Reading
“Dia Hayun Cota” – Wanita Dakwa Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur ‘Rem’ Kereta & Buat Bunyi Bising Depan Rumah

“Dia Hayun Cota” – Wanita Dakwa Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur ‘Rem’ Kereta & Buat Bunyi Bising Depan Rumah

Wanita itu mendakwa tangan bapanya telah dipukul dengan sebatang cota selepas menegur lelaki yang melakukan bunyi bising pada tengah malam di depan rumah.

lelaki mengamuk lepas ditegur buat bising depan rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan hidup bermasyarakat dan berjiran mempunyai banyak kebaikannya. Namun dalam sesetengah kes, ada jiran yang mampu menyebabkan hidup anda tidak tenteram dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.

Sebelum ini, tular satu perkongsian apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ridhwan mendedahkan sikap penduduk yang bertindak membuang sampah sesuka hati dari tingkat atas flat ke parkir kereta.

Bukan sahaja mengundang kekotoran, malah objek yang berada dalam plastik sampah itu juga mengakibatkan cermin sebuah kereta retak.

Baca Artikel Berkaitan: “Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah


Lelaki Ayun Cota Lepas Ditegur Buat Bunyi Bising

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila wanita dikenali sebagai Suhadah (@suhadah.99) berkongsi situasi cemas yang berlaku di hadapan rumahnya dipercayai sekitar Taman Rinting, Johor Bahru.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang lelaki sedang menghayun sebatang cota dan menimbulkan kekecohan di hadapan rumahnya. Dakwanya, lelaki tersebut mengamuk selepas ditegur oleh ayah Suhada kerana tindakannya membuat bising dan ‘rem’ kereta sekitar jam 12 tengah malam di kawasan perumahan yang didiaminya.

Sumber: TikTok (@suhadah.99)

Tangan Bapa Bengkak Akibat Dipukul Oleh Si Pelaku

Bukan sahaja mengayun senjata, malah si pelaku juga didakwa menyebabkan kecederaan terhadap ayah Suhada.

“Dia mengamuk sambil hayun cota. Dia pukul ayah di tangan. Dia juga ugut akan datang lagi membawa geng dan alatan tertentu,” dakwa wanita terbabit.

Aksi ganas tersebut menyebabkan si bapa mengalami kesan bengkak pada bahagian tangannya.

“Saya nak dia tahu cara beradab dengan orang tua. Bukannya pukul sesuka hati!” kata Suhada dalam satu hantaran lain.

Sumber: TikTok (@suhadah.99)

Semakam kami bagaimanapun mendapati video berkenaan sudah diturunkan dari platform media sosial tersebut.


Mangsa Sudah Buat Laporan Polis

Tambah wanita berkenaan, si bapa yang juga mangsa keadaan telahpun membuat laporan polis terhadap lelaki itu.

Jelasnya lagi, pihak mereka kini sedang menunggu info lanjut daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang insiden terbabit.

Sumber: TikTok (@suhadah.99)

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lelaki Mengganas Di Depan Rumah

Menjengah ke ruangan balas, ramai meluahkan rasa bimbang terhadap kelakukan lelaki yang bertindak ganas dan mengugut itu.

“Aduh bahaya ni kak. Pintu rumah jangan lupa sentiasa kunci. Kalau mamat tu dah kena kutip (tangkap polis) bagi tahu,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah seorang individu turut menasihati Suhada untuk segera melaporkan kejadian kepada polis jika individu berlagak samseng itu masih berkeras melakukan onar.

“Kalau diorang bising ‘rem-rem’ telefon je polis kak. Hubungi polis kawasan rumah minta buat rondaan dekat lokasi tu. Saya telefon tak sampai 10 minit datang halau mat rempit. Nak tegur tak boleh, bagi polis buat kerja,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga mengingatkan wanita tersebut agar membawa ayah yang cedera ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Elok kalau periksa dengan doktor juga. Risau hayunan cota tu, takut (tinggalkan) kesan apa-apa dekat tangan ayah sis,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@suhadah.99)

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Tekan Hon Kereta Tanpa Henti Gara-gara ‘Disidai’ Rakan Dikecam Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Geng Mat Rempit Buat Onar, Bawa Masuk Motosikal Dalam Tandas Awam Bikin Ramai Berang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd