[Video] Kereta Lama Asyik Rosak, Adik-beradik Pakat Hadiahkan Ibu Bapa Proton Saga Baharu Raih Perhatian
Menurut pengguna TikTok, Syas dia bersama adik-beradik lain sepakat membelikan ibu bapa mereka Proton Saga baharu bagi menggantikan kenderaan ayahnya yang selalu rosak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menggembirakan hati ibu bapa yang telah banyak berkorban sudah pasti impian setiap mereka yang bergelar anak. Mana tidaknya, sejak kecil ibu bapalah yang banyak mengeluarkan duit dan tenaga demi kepentingan kita.
Apabila sudah mampu dan meningkat dewasa, apa salahnya kita pula yang membalas jasa mereka itu.
Banyak sebenarnya manfaat membahagiakan ibu bapa ini, bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi juga diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Adik-beradik Belikan Ibu Bapa Kereta Baharu
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan momen menyentuh hati melibatkan individu dikenali sebagai Syas (@syarzwni) bersama keluarganya.
Pada awalnya, Syas bersama adik-beradik yang lain telah berkumpul di sebuah rumah sambil menunggu ketibaan ibu bapanya. Menerusi video perkongsian, kelihatan si ibu bapa terkejut dengan kehadiran ahli keluarga yang tidak disangka.
Tidak lama kemudian, mereka semua membawa ibu dan ayah ke tempat parkir bagi menunjukkan hadiah kereta Proton Saga baharu hasil pemberian kesemua adik-beradik.
“Mak ayah tak tahu yang kami sebenarnya nak buat kejutan berikan kereta baru. Waktu ni semua dah sebak. Kereta lama ayah asyik rosak je dan kami diam-diam belikan kereta baru untuk mak ayah.
“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa 🥰,” kata Syas.
Dalam klip video sama, kelihatan si bapa seolah-olah tergamam dengan pemberian itu sebaik duduk di tempat duduk pemandu.

Ayah Pada Awalnya Berniat Untuk Beli Kereta Terpakai
Menurut Syas, kereta ayahnya selalu mengalami kerosakan hingga menyebabkan si bapa sering meninjau di premis kenderaan terpakai baik di media sosial dan yang dijual di tepi jalan.
“Pantang tengok ada kereta second dekat tepi jalan, ayah akan berhenti survey. Kami (adik-beradik) cepat-cepat plan diam-diam takut ayah beli kereta lain.
“Bukan apa, kalau beli kereta terpakai yang murah-murah, takut banyak masalah pula. Nak beli kereta baru pun mungkin ayah fikir banyak kali macam mana nak bayar komitment setiap bulan,” ujar Syas di ruangan kapsyen.
@syarzwni Alhamdulillah suprise untuk mak dan ayah dari anak-anak. Tertunai juga hajat untuk hadiahkan mak dan ayah kereta baru tahun ni 😭. Bila tengok video ni rs sebak je sebb sebelum kitorang adik beradik plan, dok dengar dari adik yang tinggal dekat dengan mak ayah, ayah bila buka phone asyik dok tengok kereta second je dekat tiktok,facebook. Pantang tgk ada kereta second kt tepi jln ayah brhnti servey. Kami cpt2 plan diam-diam takut ayah beli kete lain. Bukan apa kalau beli kete second yg murah2 takut bnyak problem plk. Nak beli kete baru pun mungkin ayh fikir banyak kli macam mana nk byr komitment tiap2 bulan. #fyppppppppppppppppppppppp #FreeYondOpen ♬ BUAH HATI – — Fz —
Ramai Gembira Lihat Kesungguhan Adik-beradik Bahagiakan Ibu Bapa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak melihat ibu bapa yang dibahagiakan oleh anak-beranak tersebut.
“Terima kasih sebab bersatu hati menggembirakan orang tua kalian. Saya sebak dan tumpang gembira,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga memuji adik-beradik yang merancang bersama-sama bagi menggembirakan hati ibu dan ayah mereka.
“Adik-beradik saling bekerjasama adalah satu rezeki yang sangat besar. Moga korang jaga silaturahim antara adik-beradik. Jangan ada yang iri hati,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga terinspirasi dengan perbuatan tersebut dan ingin melakukan perkara lebih kurang sama bagi membahagiakan orang tua.
“Doakan kami juga adik-beradik diberi rezeki untuk penuhkan apa yang diminta ibu bapa. Amin Ya Allah, semoga adik beradik yang ada dalam video ini sentiasa dilancarkan urusan dunia dan akhirat,” ujar seorang individu.










Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Guna Duit Raya Belikan Cincin Emas Untuk Ibu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Zizan Razak Menangis Sebak Terima Hadiah Kereta Mercedes Idaman Daripada Anak-Anak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Zizan Razak Menangis Sebak Terima Hadiah Kereta Mercedes Idaman Daripada Anak-Anak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram