Now Reading
Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan

Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan

Penulis The Sydney Morning Herald iaitu Ben Groundwater telah menulis sebuah artikel di segmen Pengembara tentang nasi lemak sebagai hidangan terbaik untuk bersarapan pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut nasi lemak, mesti ramai di antara anda semua yang menikmati hidangan ini setiap pagi sebagai menu sarapan kan?

Nak lagi sedap, makan pula dengan lauk seperti sambal paru, ayam goreng, sambal kerang dan sebagainya. Terus terliur pula!

Menu tersebut bukan sahaja telah menambat hati rakyat Malaysia, malah penduduk luar negara juga menggemari hidangan ini.


Penulis Warga Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Menu Sarapan Terbaik

Baru-baru ini, seorang penulis dan kolumnis The Sydney Morning Herald, Ben Groundwater yang berpangkalan di Sydney telah menulis sebuah artikel di segmen Pengembara tentang nasi lemak sebagai hidangan terbaik untuk bersarapan pagi.

Dalam artikel bertajuk “Forget Vegemite on toast – this is how to start the day right”, Groundwater menjelaskan kepada pembacanya tentang apa itu nasi lemak.

Sumber: MalayMail

Walaupun terjemahan nasi lemaknya tidak berapa tepat kerana penulis berkenaan menggelarnya dengan nama ‘rich rice’ – sebagai rakyat Malaysia, kita masih menghargai pilihannya untuk bersarapan dengan menu kebangsaan Malaysia.

Tapi jangan risau kerana segala bahan yang disenaraikan masih betul: nasi yang dimasak dengan santan, daun pandan, ikan bilis, kacang panggang yang rangup, hirisan timun, telur rebus yang dihiris dua dan sambal.

Tambahnya, nasi lemak sering dihidangkan bersama bahan-bahan lain yang menyelerakan seperti rendang daging lembu, ayam goreng serta kari ayam.

“Sekarang macam mana dengan roti bakar dan Vegemite anda?” katanya sambil mengusik tentang sarapan pagi stereotaip warga Australia.

Hidangan roti bakar bersama Vegemite. (Sumber: Remitly)

Tersilap Sedikit Fakta Tentang Tahun Nasi Lemak Dimulakan

Penulis berkenaan menyebut bahawa nasi lemak mula menjadi ruji sarapan pagi yang popular di Malaysia pada tahun 1970-an. Tetapi kalau diikutkan, asal usulnya mula dikesan seawal tahun 1909 selepas ia disebut dalam buku yang ditulis oleh pentadbir kolonial British Sir Richard Olaf Windstedt bertajuk ‘The Circumstances Of Malay Life‘.

Dalam artikelnya, Groundwater juga menyenaraikan beberapa lokasi menarik untuk mencari hidangan nasi lemak di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur.

Salah satu tempat yang dinyatakan adalah Nasi Lemak Tanglin yang sudah beroperasi sejak tahun 1948.

Sumber: MalayMail

Buat mereka yang teringin untuk merasai nasi lemak di Melbourne, Sydney, dan Brisbane, dia mencadangkan kedai Mamak iaitu rangkaian restoran Malaysia terdapat di bandar-bandar tersebut.

Sebelum mengakhiri tulisannya, Groundwater meninggalkan pautan resipi nasi lemak di bahagian Good Food pada The Sydney Morning Herald. Lengkap dengan sukaran dan arahan langkah demi langkah.

Walaupun ada sukatannya, tapi kita semua tahu cara terbaik untuk memasak hidangan Malaysia adalah agak-agak. Betul tak?

Baca Artikel Berkaitan: Lagenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tak Tahu Macam Mana Kot” – Ramai Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Bujang Harga RM10 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Beli Nasi Lemak Berharga RM410 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Kedai Jual Nasi lemak Tapi Sambal, Telur Rebus & Ikan Bilis Perlu Dibeli Asing


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd