[Video] Tak Perlu Kad Atau Telefon, Mat Salleh Teruja Di China Hanya Guna Tapak Tangan Buat Pembayaran
Menerusi video tersebut, kelihatan Mat Salleh berkenaan meletakkan tapak tangannya pada satu alat imbasan untuk membuat pembayaran di kedai terbabit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dunia teknologi pada masa kini dilihat semakin berkembang dengan begitu pesat. Malah perkara itu boleh dilihat menerusi gaya hidup masyarakat terkini.
Jika dahulu semua perkhidmatan dan barangan perlu dibayar menggunakan wang tunai dan orang ramai akan menggunakan mesin Automated Teller Machine (ATM) untuk mengeluarkan duit. Namun kini semuanya di hujung jari untuk membuat pembayaran secara cashless (nir tunai).
Bukan hanya itu, orang ramai hanya perlu membawa kad atau telefon bimbit untuk membuat pembayaran.
Mat Salleh teruja di China hanya perlu guna tapak tangan untuk buat pembayaran
Namun berbeza di China di mana penduduk atau pengunjung tidak perlu lagi mengeluarkan kad atau telefon bimbit untuk membuat pembayaran kerana mereka boleh membuat pembayaran menerusi imbasan daripada tapak tangan.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan seorang pelancong Mat Salleh teruja melihat teknologi yang disediakan oleh negara terbabit.
Menerusi video yang tular di X, awalnya lelaki itu memaklumkan mereka kini berada di China dan ingin menunjukkan cara pembayaran tanpa tunai di negara itu yang jauh ke depan berbanding negara lain.
Dalam rakaman itu, lelaki Mat Salleh berkenaan berkunjung ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli makanan ringan dan air. Dia kemudian pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.
“Baik sekarang saya akan membayarnya, saya meninggalkan telefon bimbit dan kad di rumah. Maka saya tiada apa-apa,” katanya.
Hanya imbas tapak tangan, perlu buat ketetapan pendaftaran di WeChat
Mat Salleh itu lalu meletakkan tapak tangannya pada satu alat imbasan untuk membuat pembayaran. Sebaik selesai membayarnya, jurujual kemudian memasukkan kesemua barangan dibeli ke dalam plastik.
“Negara ini membuatkan saya teruja, saya bayar menggunakan tapak tangan.”
Ujarnya seseorang individu hanya perlu mendaftarkan tapak tangan mereka menerusi aplikasi WeChat dan membuat tetapan.
Okay this is why aku rasa kalau alien serang bumi pun China akan survive sebab advanced gila tech kat sana.
— f 👁️⃤ ck (@facktura) November 19, 2024
Sana bayar dengan tapak tangan je woii kita sini still ade je kedai minta cash only 🙄🙄 pic.twitter.com/M9BTkbWFmY
Menggunakan sistem biometrik
Memetik laporan Times of India, negara itu telah menggunakan sistem biometrik tersebut sejak Januari yang dikenali sebagai Weixin Palm Payment.
Menurut laporan itu sistem itu akan mengimbas tapak tangan dan mengesan urat bercorak unik di bawah kulit.
Perkongsian video itu turut mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang teruja dan ada juga mengatakan sistem itu tetap mempunyai kelebihan dan kelemahannya.
Berikut antara komen menarik netizen:
“Walaupun aku sokong teknologi, crypto dan semua. Namun kita semua tertinggal satu perkara iaitu semua ini tidak boleh menandingi privasi.”
“Tu yang United State (US) tak boleh terima”
“Mind blowing tapi silap-silap manjang ada kes kena culik nanti”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram