UiTM Beri Peringatan Kepada Graduan Untuk Tidak Buat Isyarat Pelik Ketika Terima Skrol Atas Pentas
Dalam video yang dikongsikan, terdapat pelbagai isyarat tangan yang dilakukan oleh para graduan UiTM ketika mahu menuruni pentas selepas menerima skrol di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 pada tahun ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap mahasiswa pastinya tidak sabar untuk menunggu hari di mana mereka bakal menerima skrol dari pihak universiti sebagai tanda sudah berjaya menamatkan pengajian.
Kejayaan ini pastinya membuatkan para graduan berasa segala pengorbanan dan penat lelah mereka selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil yang dapat membanggakan keluarga.
Walaupun sudah tidak lagi bergelar mahasiswa, tetapi para graduan masih perlu akur dengan protokol dan peraturan yang ditetapkan semasa hari konvokesyen.
Baca Artikel Berkaitan: Bagi Isyarat Minta Penganugerah Pandang Arah Kamera, UiTM Beri Peringatan Kepada Graduan [Video]
UiTM Minta Graduan Hormati Istiadat Konvokesyen
Bercakap soal protokol, baru-baru ini pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@uitm_channel) telah memperlihatkan beberapa aksi yang dilakukan oleh segelintir graduan semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 pada tahun ini.
Terdapat pelbagai isyarat tangan yang signifikan dengan anak muda yang telah dilakukan oleh para graduan ketika mahu menuruni pentas selepas menerima skrol.
Susulan itu, UiTM telah mengeluarkan peringatan kepada penerima skrol untuk tidak melakukan aksi sedemikian ketika berada di atas pentas bagi menghormati majlis istiadat berkenaan.
Dalam video sama, terdapat cara yang betul ditunjukkan ketika mengambil skrol iaitu dengan dengan hanya senyum pada kamera sambil berjalan keluar dengan penuh sopan.
Sebagai info, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 itu sedang berlangsung sejak 13 November dan akan berakhir pada 12 Disember 2024.
Video berkenaan telah meraih 2.1 juta tontonan setakat artikel ni ditulis.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat mengutarakan pelbagai pendapat mereka tentang isu ini.
Ada yang menganggap bahawa perkara ini tidak sepatutnya menjadi kontroversi kerana ia merupakan detik berharga dan sekali seumur hidup buat mereka yang tidak berhajat untuk menyambung lagi pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Selain itu, wujud juga beberapa netizen yang mempertikaikan mengapa universiti ini dikatakan seolah-olah menghalang graduan untuk berbuat demikian untuk meraikan kejayaan mereka.
Malah, masyarakat turut membandingkan bagaimana graduan universiti di luar negara bebas untuk berbuat apa sahaja ketika menerima skrol di atas pentas.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Touch N Go Je” – Graduan Terlupa Ambil Skrol Sewaktu Konvokesyen Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sedang Mencari Calon Menantu”- Aksi Comel Ibu Bapa Ini Masa Konvokesyen Jadi Perhatian Ramai [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.