Now Reading
“Baik Dia Kongsi Rezeki” – Pelakon Remaja Belanja Keluarga Makan Lepas Dapat Gaji Raih Pujian

“Baik Dia Kongsi Rezeki” – Pelakon Remaja Belanja Keluarga Makan Lepas Dapat Gaji Raih Pujian

Menerusi video tular, pelakon filem ‘Memoir Seorang Guru’ iaitu Hafiy Altamis itu dilihat sedang membelanja keluarganya makan bersempena dengan sambutan hari jadi adik bongsunya.

anak sulung 13 tahun belanja keluarga makan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar anak, sudah tentu anda mahu membalas jasa baik ibu bapa yang banyak berkorban dan membesarkan kita sejak kecil.

Segelintir individu akan membelanja orang tuanya sesuatu apabila sudah mendapat pekerjaan tetap ketika sudah dewasa, namun ada juga yang melakukannya sewaktu usia masih muda.

Seperti sebelum ini, tular kisah seorang kanak-kanak berumur 9 tahun yang menghadiahkan ibunya sebentuk cincin menggunakan duit raya dan wang simpanannya sendiri. Menurut si kecil, barang kemas tersebut adalah sebagai bentuk penghargaan buat ibunya.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Guna Duit Raya Belikan Cincin Emas Untuk Ibu [Video]


Pelakon Muda Belanja Satu Keluarga Makan Selepas Dapat Gaji

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@geehanssss) apabila seorang ibu dikenali sebagai Geehan berkongsi momen menyentuh hati melibatkan anak lelaki sulungnya.

Menerusi video perkongsian, anak lelaki dikenali sebagai Hafiy Altamis yang juga seorang pelakon remaja dilihat sedang melakukan transaksi pembayaran selepas membelanja satu keluarga makan malam.

Jelas si ibu, Hafiy juga mahu meraikan malam tersebut dengan menyambut hari jadi adik bongsunya. Menurutnya, Hafiy bertindak melakukan perkara murni itu sejurus menerima pendapatan daripada lakonan.

“Anak sulung 13 tahun dapat gaji terus belanja keluarga makan😘❤️,” kata Geehan.

Kalau anda lihat video tersebut, kelihatan Hafiy tersenyum seolah-olah berasa bangga dan puas hati dapat membelanja keluarga tercinta makan malam bersama.

“Terima kasih anak sulungku. Semoga diperbanyakkan rezeki, bahagia di dunia dan akhirat serta berjaya dalam pelajaran,” tambah ibunya lagi.

@geehanssss Terima kasih anak sulungku😘❤️, semoga diperbanyakkan rezeki,bahagia berjaya dalam pelajaran dunia akhirat🤲🏻🙏 #anaksulung #anaksulungku #anaklelaki #pelakon #pelakonbudak #familyman #familytime @HAFIY ALTAMIS @dalam_kepala_aku @Haifaᥫ᭡ ♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Hafiy Akan Muncul Dalam Filem Baru Pada Tahun 2025

Untuk info, Hafiy merupakan antara pelakon utama yang membintangi filem Memoir Seorang Guru. Dalam filem berkenaan, Hafiy telah memegang watak Mat iaitu seorang murid sekolah.

Dalam perkembangan terbaharunya, Hafiy dikatakan akan membuat kemunculan dalam filem berjudul ‘Peteng’ yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

@geehanssss Replying to @Mohd Azmi nanti support filem terbaru abang Hafiy yg akan di tayangkan di pawagam tahun depan🤗 #filem #filemmelayu #peteng #next #pelakonkanakkanak #pelakonaksi @HAFIY ALTAMIS ♬ kalau tak percaya cuba tengok – ◖⚆ᴥ⚆◗

Ramai Puji Hafiy Kerana Belanja Keluarga Makan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Hafiy kerana tidak berkira untuk berkongsi rezeki bersama insan tersayang.

“Kenapa video ni buat saya nangis. Awak memang anak yang baik dan berbakti. Abang yang hebat 🥰” kata seorang wanita.

Malah ramai juga memuji lakonan hebat Hafiy dalam filem Memoir Seorang Guru yang dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.

“Kita minat dia. Pelakon kanak-kanak dalam cerita ‘memoir’ tu memang pandai sangat-sangat berlakon. Tahniah dik 🥰,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga tidak terlepas menitipkan doa yang baik-baik untuk rezeki dan kejayaan Hafiy pada masa akan datang.

“Masya-Allah bagusnya awak dik. Semoga murah rezeki selalu,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@geehanssss)

Baca Artikel Berkaitan: Rezeki Raya! Lelaki Menang Kereta Persona Lepas Belanja Keluarga Baju Baru Sempena Aidilfitri

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Zizan Razak Menangis Sebak Terima Hadiah Kereta Mercedes Idaman Daripada Anak-Anak

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd