[Video] Wanita Sempat Lari Tutup Pagar Pintu Sambil Dukung Bayi Sebelum Diserang Monyet Liar
Monyet liar itu tidak sempat menerkam wanita yang mendukung bayi itu kerana pintu pagar rumah berjaya ditutup oleh mangsa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang tinggal di berdekatan hutan, antara perkara yang menjadi kebimbangan adalah sekiranya kediaman mereka akan mudah diceroboh oleh hidupan liar seperti monyet.
Tak kisahlah di sekitar kawasan kampung atau bandar, pasti ada sahaja haiwan ini yang dilihat berkeliaran.
Namun apa yang membimbangkan orang ramai adalah apabila hidupan ini berpotensi untuk bertindak secara agresif kepada manusia seperti mana yang berlaku baru-baru ini.
Wanita Dikejar Monyet Liar Sebelum Sempat Selamatka Diri
Menerusi video dimuat naik di laman X (@update1111), satu situasi yang mencemaskan telah berlaku kepada seorang wanita semasa berada di dalam rumahnya.
Keadaan itu menjadi lebih menggusarkan apabila dia juga dilihat sedang mendukung bayi yang masih kecil.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan berlari pantas dari kawasan luar rumah dan sempat berhenti untuk menoleh ke belakang sebelum sempat masuk ke dalam pintu pagar rumah.
Memang meremang bulu roma ketika melihat monyet liar tersebut mengejar dari belakang dan mahu menyerangnya. Nasib baik pintu pagar itu sempat ditutup.
Walau bagaimanapun, motif monyet liar itu cuba menyerang mangsa tidak dapat dipastikan.
“beruk memang suka baby/budak..kene berjaga jaga dh lepas ni sis.. dia aim dh tu.. tingkap pintu xde grill jgn biar terbukak..Allahu nasib baik selamat emak dan anak..Allah masih pelihara” pic.twitter.com/6UDt2GzRAM
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) November 19, 2024
Orang Ramai Minta PERHILITAN Ambil Tindakan
Perkongsian itu telah meraih pelbagai reaksi dari masyarakat dengan ramai daripada mereka yang meminta agar pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil tindakan segera.
Ini kerana ia boleh membahayakan penduduk di kawasan sekitar terutamanya kanak-kanak.
Selain itu, netizen turut bersyukur apabila wanita itu sempat menutup pintu pagar sebelum diterkam oleh monyet liar tersebut yang mahu menyerang.
“Gila lah timing tutup pintu macam dalam movie,” kata pengguna X.
Pada masa yang sama, ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan wanita terbabit yang sempat berhenti dan menoleh ke belakang selepas mengetahui dirinya sedang dikejar oleh monyet liar berkenaan.
Tips Berdepan Dengan Monyet Liar
Sekiranya anda terperangkap dalam situasi berdepan dengan monyet liar dan tidak tahu untuk buat apa, di sini kami kongsikan beberapa tips yang perlu dilakukan. Antaranya:
- Pegang apa-apa barang di tangan untuk tunjuk kepada monyet bahawa anda tidak takut.
- Undur ke belakang secara perlahan sambil memandang tepat kepada kelakuan sang monyet.
- Angkat barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu ‘mengacah’ dan menakutkan monyet liar.
- Jangan alihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak berada di kawasan selamat.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Lawan Atau Lari?”- Lelaki Ini Kongsi Tips Berdepan Dengan Monyet Liar
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Momen Diserang Monyet Liar Hingga Bayi Jatuh Dari Stroller
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.