Now Reading
ZUS Coffee Perkenal Straw Baru, Tiada Lagi Penyedut Minuman Lembik Diperbuat Dari Beras

ZUS Coffee Perkenal Straw Baru, Tiada Lagi Penyedut Minuman Lembik Diperbuat Dari Beras

ZUS Coffee memperkenalkan straw terbaharu mereka yang diberi nama ‘Lyfecycle’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut jenama ZUS Coffee, boleh tahan ramai juga peminatnya di Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis perisa yang ditawarkan selain minuman kopi.

Malah kempen mereka sebelum ini iaitu Matcha Macam yang menggunakan kucing sebagai hiasan juga telah menarik perhatian ramai sehingga ke peringkat antarabangsa.

Walaupun menyediakan pelbagai menu dan pilihan kopi untuk para pelanggan, tetapi ada satu masalah yang sering diadukan oleh orang ramai iaitu berkaitan kualiti straw mereka.

Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Bakal Guna Straw Baru Selepas Terima Banyak Aduan Dari Pelanggan


ZUS Coffee Tukar Straw Baru Yang Mesra Alam

Mendengar rintihan para pelanggan mereka mengenai straw yang dikatakan mudah lembik, ZUS Coffee memperkenalkan straw terbaharu mereka yang diberi nama ‘Lyfecycle’.

Menerusi ciapan dimuat naik oleh ZUS Coffee di laman X (@ZUSCoffee), straw itu bersifat mesra alam kerana akan terurai dengan selamat dalam tempoh dua tahun.

Selain itu, ia juga boleh dikitar semula, bebas toksin dan tidak mengandungi mikroplastik. Jadi masih boleh selamatkan penyu, jangan risau!

Sebelum ini, pernah tular satu ciapan di laman X di mana seorang individu ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan ZUS Coffee yang dikatakan tidak prihatin dengan alam sekitar selepas didakwa kembali menggunakan straw plastik.

Namun, jenama minuman tersebut menjelaskan bahawa straw baharu mereka itu nampak seperti plastik tetapi sebenarnya ia lebih baik untuk alam sekitar.


Ramai Teruja Bila ZUS Coffee Buat Straw Baru

Menjengah ke ruangan komen, rakyat Malaysia dilihat memberikan reaksi yang cukup teruja dengan straw terbaharu oleh ZUS Coffee itu.

Pembaharuan itu turut mendapat pujian kerana ia bukan sahaja memberikan kepuasan kepada para pelanggan, namun hidupan laut seperti penyu juga masih dapat diselamatkan daripada dikelilingi dengan bahan-bahan plastik.

“Terbaik. Kita dapat nikmat, penyu pun rasa selamat,” ujar netizen.

Malah, seorang pengguna media sosial pula menyatakan dia akan kembali membeli di kedai tersebut selepas adanya penyedut minuman baharu.

“Saya dah lama tak ke ZUS Coffee sebab straw lembik tu. Malas nak minum dah. Mungkin saya akan kembali dan nak cuba straw baru tu,” kata netizen.


Apa Itu Straw Lyfecyle?

Penyedut minuman Lyfecycle adalah jenis straw inovatif yang direka bentuk dengan mengambil kira tentang penjagaan kelestarian.

Straw Lyfecycle ini menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Polymateria, bertujuan untuk mengurangkan kesan penggunaan straw plastik kepada alam sekitar.

Penyedut minuman ini diperbuat daripada bahan yang jika tidak dikitar semula, ia akan terurai secara semula jadi dalam tempoh dua tahun tanpa meninggalkan mikroplastik atau toksin.

Penyedut minuman plastik tradisional boleh mengambil masa sehingga 200 tahun untuk mereput secara semula jadi, tetapi straw Lyfecycle ini dicipta khas sebagai menyediakan alternatif terbiodegradasi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd