Now Reading
Tular Video Dakwa Staf Sorok Bekas Cawan ‘Tear & Win’, Ini Respon CHAGEE

Tular Video Dakwa Staf Sorok Bekas Cawan ‘Tear & Win’, Ini Respon CHAGEE

CHAGEE mengesahkan insiden tersebut dan telah mengambil tindakan terhadap pekerja yang terlibat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama minuman dari China iaitu CHAGEE menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini lebih-lebih apabila mereka menawarkan hadiah menarik kepada pelanggan dalam kempen ‘Tear & Win’.

Mereka yang bertuah boleh memenangi hadiah menarik seperti beg tangan Gucci dan Louis Vuitton, Apple Watch dan beberapa baucar. Best kan?

Oleh kerana kempen ini hanya berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 November lalu, boleh dikatakan ramai juga yang sanggup beratur panjang dengan harapan berpeluang untuk mendapat hadiah diingini.

Baca Artikel Berkaitan: CHAGEE Perkenal Siri Baharu Osmanthus Long Jing, Teh Paling Mahal Di Dunia!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cawangan CHAGEE Yang Estetik Di Malaysia, Boleh ‘Healing’ Sambil Minum Teh


Staf CHAGEE Didakwa Sorok Bekas Berisi Hadiah Ke Tempat Lain

Kempen ‘Tear & Win’ CHAGEE yang berlaku baru-baru ini walau bagaimanapun telah mencetuskan kontroversi apabila tular sebuah video dimuat naik di laman X (@mhmmdhsm) memperlihatkan tindakan pekerja di kedai minuman tersebut.

Dalam video berkenaan, pekerja wanita itu dipercayai menyemak dan mengasingkan setiap bekas cawan yang mengandungi hadiah menarik ke bahagian belakang.

Selepas melihat aksi tersebut, pengguna X ini menganggap dakwaan hadiah-hadiah mewah yang diberikan oleh CHAGEE itu hanya akan diberikan kepada golongan influencer adalah benar.

“Macam tu je peminat chagee kene gula-gula. So betul la hadiah besar-besar just untuk influencer,” kata pengguna X.


Ini Respon Dari Pihak CHAGEE

Susulan tular video itu, CHAGEE telah menghantar pesanan DM kepada pengguna X (@Qiiib) dengan mengucapkan terima kasih kerana mengambil perhatian tentang apa yang berlaku.

CHAGEE mengesahkan insiden tersebut dan telah mengambil tindakan terhadap pekerja yang terlibat.

Pada masa yang sama, pihak mereka juga meminta pengguna X terbabit untuk segera memadamkan video yang dimuat naik bagi menghormati privasi staf. Jika ia enggan dilakukan, tindakan undang-undang akan dikenakan.

Selain menghantar pesanan DM, CHAGEE turut memberikan komen pada video yang tersebar itu agar ia segera dipadamkan.

“Kami menghargai setiap maklum balas anda untuk memperbaiki. Kami tidak menggalakkan sebarang aksi yang dilakukan dalam video tersebut. Kami juga telah mengambil tindakan sepatutnya kepada pekerja terlibat,” kata CHAGEE.

Hasil carian kami setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak CHAGEE di mana-mana platform media sosial.


Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Tindakan CHAGEE

Aksi pekerja CHAGEE yang tular itu sudah pastinya meraih perhatian ramai dan rata-rata daripada mereka meluahkan rasa tidak puas hati dengan insiden tersebut.

Malah, wujud juga segelintir individu yang dipercayai mahu memboikot jenama minuman berkenaan dan bercadang untuk beralih kepada jenama tempatan.

Sumber: X

Kempen ‘Tear & Win’ CHAGEE

Kempen CHAGEE ini telah berlangsung pada pada Sabtu dan Ahad lalu (16 dan 17 November).

Katanya senang sungguh nak menang hadiah yang ditawarkan.

Cuma kena beli minuman White Peach Oolong Milk Tea atau Large Jasmine Green Milk Tea bersaiz besar di mana-mana cawangan CHAGEE atau melalui Program Mini CHAGEE.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd