Now Reading
“Jom Belajar Sama-sama” – Momen Ibu & Anak Perempuan Naik Pentas Graduasi Curi Perhatian

“Jom Belajar Sama-sama” – Momen Ibu & Anak Perempuan Naik Pentas Graduasi Curi Perhatian

Menurut gadis dikenali sebagai Siti, si ibu telah membuat keputusan untuk mendaftar sekali di peringkat Sarjana Muda bagi menemaninya menyambung pelajaran.

naik pentas bersama, ibu teman anak sambung belajar curi perhatian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, kini sudah bermulanya musim graduasi bagi kebanyakan institusi pengajian di Malaysia.

Setiap kali majlis konvokesyen berlangsung, pasti banyak momen dan suasana ceria yang boleh dilihat semasa hari istimewa berkenaan. Seperti sebelum ini, seorang graduan telah mencuri perhatian selepas tumit kasut tingginya secara tiba-tiba tercabut sebaik menerima skrol di tangan.

Walaupun perkara tidak dijangka berlaku, namun graduan itu tetap kekal tenang dan ‘slay’ semasa masih berada di atas pentas konvokesyen tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Tetap Slay!” – Tumit Kasut Graduan Tercabut Ketika Terima Skrol Atas Pentas Cuit Hati Ramai


Ibu Teman Anak Sambung Belajar Di Peringkat Sarjana Muda

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@clumsytea_) menyaksikan momen menyentuh hati di antara seorang ibu dikenali sebagai Surawati dan juga anak perempuannya, Siti Nur Fatihah.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Siti sedang bersiap sedia untuk Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-100.

Kebiasaannya, hari istimewa itu akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan ibu bapa bagi memberi sokongan kepada kita. Namun lain pula buat Siti, apabila si ibu turut serta sekali naik pentas bersamanya semasa hari graduasi tersebut.

Sumber: TikTok (@clumsytea_)

Menurut wanita itu, dia pada awalnya tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana sudah selesa bekerja dan tidak mempunyai rakan untuk menemaninya di pengajian tinggi.

Oleh disebabkan itu, si ibu mengambil keputusan untuk mendaftar belajar sekali di peringkat Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan.

“Dulu kita tak nak sambung belajar sebab dah selesa kerja masa umur 19 dan tak ada kawan nak sambung degree. Tapi ibu kata, jom kita sambung belajar sama-sama barulah tak bosan 🤣” ujar graduan itu di ruangan kapsyen.


Pergi Ke Kelas Bersama Ketika Hadiri Kuliah

Lebih mencuri perhatian apabila nombor giliran dua anak-beranak ini adalah bersebelahan. Memang ‘rare’ betul melihat ibu dan anak naik ke pentas graduasi bersama, comel!

Jelas Siti, dia bersama ibunya akan pergi ke kelas bersama selain duduk bersebelahan ketika menghadiri setiap kuliah di universiti.

@clumsytea_ Dulu kita tanak sambung belajar sbb dah selesa kerja masa umur 19 & tak ada kawan nak sambung degree. Tapi ibu kata, ibu kata jom kita sambung belajar sama2 baru lah tak bosan 🤣 #uitm #konvouitm100 #uitmconvocation #uitmshahalam ♬ glue song sped up – 🎀

Orang Ramai Teruja Lihat Si Ibu Kongsi Momen Graduasi Dengan Anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa teruja selepas melihat Siti dan ibunya berpeluang untuk naik ke pentas bersama.

“Masya-Allah. Tengok tu, mak sanggup buat apa sahaja untuk tengok anak berjaya dan bahagia. Comel betul awak berdua dan tahniah!” jelas seorang individu.

Malah ramai juga yang menjadikan situasi tersebut sebagai inspirasi untuk melanjutkan pelajaran bersama anak sendiri pada masa akan datang.

“Nanti PhD (Doktor Falsafah) nak sambung dengan anak jugalah. Ataupun double degree dengan anak pun okay juga kan,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut berseloroh dengan mengatakan Siti tidak boleh leka semasa melanjutkan pelajaran kerana akan sentiasa diperhati oleh si ibu.

“Mesti tak boleh main-main dalam kelas kan sebab mak ada dekat sebelah,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@clumsytea_)

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Wakilkan Arwah Anak Ambil Skrol Ijazah Di UMPSA

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tersentuh Lihat Bapa Setia Tunggu Anak Keluar Dari Dewan Selepas Majlis Konvokesyen [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ayah Dapat Record”- Gelagat Bapa Tersilap Rakam Orang Lain Ketika Konvo Anak Buat Ramai Terhibur [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd