“Confirm Naik Pentas!” – Calon SPM Gigih Belajar Sambil Jaga Ibu Sakit Di Hospital Raih Pujian Ramai
Menurut pelajar tingkatan empat itu, ibunya baru sahaja menyedarkan diri selepas tiga minggu dipantau dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap manusia pastinya mempunyai ujian hidup tersendiri. Ada yang diuji dengan kesenangan dan kesempitan hidup. Ada juga yang mempunyai masalah kesihatan.
Sebelum ini, tular video seorang kanak-kanak berumur 12 tahun apabila dia menjaga ibunya yang sedang sakit di hospital. Dia juga dilihat seperti sedang bertanya kepada si ibu sekiranya mahukan perkara lain bagi memastikan wanita itu berada dalam keadaan selesa.
Lebih menyentuh hati adalah si anak tidak berkira membantu walaupun menjaga ibunya seorang diri tanpa pertolongan sesiapa.
Baca Artikel Berkaitan: Kegigihan Kanak-Kanak 12 Tahun Jaga Ibu Sakit Di Hospital Buat Ramai Berendam Air Mata [Video]
Pelajar Gigih Belajar Sambil Jaga Ibu Sakit Di Hospital
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@whrenaz55) menyaksikan seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Nazrin sedang mengulang kaji pelajaran.
Kebiasaannya, murid akan belajar di sekolah, rumah atau bersama-sama dengan rakan sekelas yang lain. Namun lain pula buat Nazrin apabila dia dilihat sedang belajar di wad sambil menemani ibunya yang terlantar di hospital.
Menurut Nazrin, si ibu kini sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap ke-4. Ibunya juga dikatakan sering mengalami sawan sehingga menyebabkan dia perlu dikejarkan ke hospital.
Tambah pelajar tersebut, ibunya baru sahaja sedarkan diri selepas 3 minggu berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Walaupun perlu menggalas tanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh sebagai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, tetapi dia juga tidak lupa amanah bagi menjaga ‘syurganya’ ketika dalam keadaan sakit.
@whrenaz55 2024❤️
♬ original sound – Leppstoremyyy – lyphthriftmy
Ramai Puji Nazrin Kerana Tak Culas Belajar Walau Jaga Ibu Sakit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Nazrin kerana tidak lupa tentang ibunya yang sakit walaupun masih belajar.
“Salute dengan kau. Kau dahulukan syurga tanpa abaikan pelajaran. Percayalah dengan reda orang tua kau akan berjaya dan kegagalan pun ‘takut’ datang dengan kau bro,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga telah berkongsi kisah mereka yang turut menjaga ibu bapa sakit sebelum ini.
“Aku dulu macam kau dik. Jaga mak dekat hospital, tidur pun kadangkala sakit betul badan sebab tidur bawah. Tapi itu semua tanda Allah uji kau untuk dia bagi sesuatu yang kau tak sangka-sangka pada masa hadapan. Itu ganjaran dia,” ujar seorang individu.
Sementara itu, ramai warganet tidak terlepas menitipkan doa yang baik-baik buat Nazrin serta si ibu.
“Selalunya orang tak membelakangi mak ayah ni hidup dia mesti Allah permudahkan segalanya. Semoga menjadi asbab ke syurga dan berjaya dalam hidup. Terima kasih sebab jadi anak yang baik!” jelas seorang wanita.













Masya-Allah besar betul ganjaran pahala buat anak lelaki ni. Bukan sahaja jalankan ibadah untuk belajar tetapi tidak sesekali melupakan dan menjaga wanita yang melahirkannya. Insya-Allah semua urusan Nazrin dan si ibu akan dipermudahkan olehNya.
Baca Artikel Berkaitan: Kasih Anak Lelaki Jaga Ibu Lumpuh Hidap Penyakit Kronik Sejak 12 Tahun Lalu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tak Semua Mampu Macam Abang”- Anak Lelaki Jaga Ayah Lumpuh Undang Sebak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram