Now Reading
CHAGEE Mohon Maaf, Akan Tukarkan Item Fizikal Dalam Bekas ‘Tear & Win’ Kepada Kod QR

CHAGEE Mohon Maaf, Akan Tukarkan Item Fizikal Dalam Bekas ‘Tear & Win’ Kepada Kod QR

Sebelum ini, tular kes di mana seorang pekerja CHAGEE didakwa menyorokkan bekas cawan yang berisi hadiah menarik dalam Big Big Cup ke belakang kedai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kempen ‘Tear & Win’ yang mendapat sambutan para pelanggan CHAGEE telah menimbulkan kontroversi selepas tular satu video memperlihatkan tindakan pekerja di kedai minuman tersebut yang kurang menyenangkan.

Dalam video berkenaan, pekerja wanita itu dipercayai menyemak dan mengasingkan setiap bekas cawan Big Big Cup yang berisi hadiah menarik ke belakang kedai.

Selepas melihat aksi tersebut, ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati kerana berpendapat ia tidak adil terutamanya apabila wujud dakwaan bahawa hadiah-hadiah besar itu hanya diberikan kepada golongan influencer.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwa Staf Sorok Bekas Cawan ‘Tear & Win’, Ini Respon CHAGEE


CHAGEE Mohon Maaf Atas Isu Pekerja Sorokkan Bekas Cawan ‘Tear & Win’

Susulan tular mengenai isu yang berlaku melibatkan pekerja mereka, CHAGEE menerusi kenyataan dimuat naik di laman X (@my_chagee) telah membuat permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku.

Sumber: X (@mhmmdhsm)

“Kami dengan rendah rendah hati memohon maaf atas sebarang kebimbangan dan kesulitan berhubung video TikTok baru-baru ini berkaitan dengan acara Tear & Win.

“Tingkah laku tersebut tidak mencerminkan standard yang dipegang oleh CHAGEE dan kami amat menyesal atas segala persepsi negatif yang telah timbul,” jelas CHAGEE.

Dalam kenyataan sama, jenama minuman ini juga akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja yang terlibat selain memperbaiki SOP.

“Dengan itu, pihak CHAGEE sedang menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan nilai teras kami. Selain itu, kami turut bekerjasama dengan cawangan yang terlibat untuk mengkaji semula prosedur operasi agar memastikan standard tertinggi dipatuhi,” kata CHAGEE.

Dengan apa yang berlaku, CHAGEE berterima kasih atas maklum balas yang diterima mengenai pengendalian kempen ‘Tear & Win’.


CHAGEE Ubah Cara Dapatkan Hadiah Bertuah Dalam Bekas Minuman

Bagi menambah baik dan melancarkan pengendalian kempen tersebut, CHAGEE Malaysia telah menggantikan item fizikal dalam cawan Big Big Cup dengan slip kod QR bermula bulan Disember.

“Dengan mengimbas kod QR, pelanggan kami hanya akan dapat melihat hasil cabutan bertuash selepas proses imbasan,” tambah CHAGEE.

Di akhir kenyataan, pihak mereka menyatakan bahawa mereka akan segera menyelesaikan isu berkenaan kempen ‘Tear & Win’ ini bersama Bahagian Khidmat Pelanggan CHAGEE.

Sebagai info, Kempen CHAGEE ini telah berlangsung pada pada Sabtu dan Ahad lalu (16 dan 17 November).

Pelanggan yang mahu berpeluang mendapatkan hadiah menarik hanya perlu membeli minuman White Peach Oolong Milk Tea atau Large Jasmine Green Milk Tea bersaiz besar di mana-mana cawangan CHAGEE atau melalui Program Mini CHAGEE.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd