Aksi Wanita Selamba Letak Beg Di Kerusi Zon Keutamaan Dalam LRT Undang Kecaman
Menerusi foto tular, kelihatan wanita itu sedang meletakkan sebuah beg sandang pada tempat duduk kosong di dalam LRT walhal terdapat ramai penumpang berdiri depannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Pun begitu, masih ada sesetengah individu yang tidak menjaga etika semasa menggunakan perkhidmatan tersebut. Seperti sebelum ini, tular video seorang lelaki yang dilihat makan dan minum di dalam tren LRT.
Selain membuang sampah sisa makanannya di bawah kerusi, penumpang itu turut mengambil tiga ruangan tempat duduk hanya untuk dirinya dan bertindak membuka kasut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jijik! Pengguna LRT Makan Dalam Tren, Siap Buka Kasut & Kaki Berstokin
Wanita Letak Beg Pada Tempat Duduk Zon Keutamaan Di LRT
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @askrapidkl) menyaksikan satu situasi ketika para penumpang berada dalam koc LRT. Menerusi gambar perkongsian, kelihatan seorang wanita sedang duduk di tempat zon keutamaan disediakan.
Untuk pengetahuan semua, tempat duduk zon keutamaan dikhaskan buat penumpang yang lebih memerlukan iaitu individu membawa anak kecil, ibu hamil, warga emas atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah penumpang itu telah meletakkan beg sandangnya di tempat duduk sebelah walhal masih ramai penumpang berdiri di dalam koc berkenaan.
Menurut pengendali akaun Rapid KL, masih ramai penumpang di koc tersebut yang berkemungkinan lebih memerlukan tempat duduk itu berbanding beg yang diletakkan.
Cakna dengan kejadian itu, Rapid KL turut menasihati orang ramai untuk lebih bertimbang rasa ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selepas ini.
Your bag must love the seat, but don’t forget —there might be someone around who needs it more. Let’s be considerate when using public transport okay? 🥹#RapidKL pic.twitter.com/7ivIUHSkz2
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 18, 2024
Ramai Bengang Lihat Tindakan Wanita Letak Beg Pada Tempat Duduk LRT
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang terhadap wanita itu kerana tidak memikirkan orang di sekeliling.
“Aku tak akan pernah faham dengan orang yang tak ada common sense tak rasa sebersalah langsung buat macam ni dekat tempat umum yang dikelilingi ramai orang? Muka tembok betul,” kata seorang wanita.
Malah, segelintir juga berkongsi pengalaman mereka berjumpa dengan penumpang yang tidak menjaga etika semasa berada dalam LRT.
“Saya pernah jumpa seorang pakcik yang baring sepanjang kerusi tu, lena ya dia tidur,” ujar seorang individu.
Sementara itu, ramai juga menasihati para penumpang untuk tidak mengabaikan sekaligus menegur sekiranya melihat kesalahan sebegitu berlaku di depan mata.
“Banyak isu boleh diselesaikan kalau kita bersuara (menegur wanita yang meletakkan beg di tempat duduk),” kata seorang pengguna X.










Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam MRT
Terdahulu, pernah juga tular tentang seorang wanita yang bertindak membasuh tangannya sesuka hati di bawah tempat duduk dalam koc MRT.
Menerusi video itu, kelihatan air dituangkan telah menyebabkan lantai tren tersebut menjadi basah dan mengundang ketidakselesaan kepada penumpang yang lain.

Ia kemudian telah mendapat perhatian Rapid KL yang mana pihaknya berkata tren dikendalikan oleh mereka tidak pernah dinaik taraf sebagai tempat membasuh tangan.
Dalam pada itu, pihak Rapid KL turut berharap agar aksi tidak bertanggungjawab sedemikian tidak ditiru oleh sesiapa pada masa akan datang.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rapid KL ‘Tegur’ Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam MRT
Baca Artikel Berkaitan: RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram