[Video] 30 Gajah Tidur Atas Jalan Raya, Trafik Di Tasik Temenggor Terhenti 2 Jam
Menurut pemandu lori, Mohd Hisham Yazid, perkara itu berlaku di sekitar kawasan Tasik Temenggor, Perak pada jam 3 pagi Jumaat (15 November) lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi mereka yang biasa menggunakan jalan lama, tidak mustahil jika anda pernah terserempak dengan haiwan liar, terutamanya gajah.
Hal ini mungkin berlaku kerana jalan raya yang dikelilingi kawasan hutan atau dibina berhampiran hutan pada asalnya merupakan laluan haiwan liar.
Keadaan menjadi buruk apabila terjadinya kemalangan antara manusia dan haiwan liar seperti harimau, monyet dan beruang yang pernah dilanggar kenderaan sebelum ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Tak Sempat Brek Langgar Sekumpulan Monyet Melintas Di PLUS
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beruang Guling Atas Lebuhraya Di Terengganu, Dipercayai Sedang Tahan Sakit Selepas Dilanggar
Seekor Gajah Menghampiri Kereta Yang Tidak Bergerak
Menerusi perkongsian di TikTok (@isemaju), kelihatan trafik di sekitar Hulu Perak terhenti lebih satu jam yang dikatakan berlaku kerana sebanyak 30 ekor gajah sedang tidur di tengah jalan.
Lebih menggerunkan lagi apabila terdapat salah seekor daripada kumpulan gajah itu secara tiba-tiba menghampiri sebuah kereta yang berhenti di jalan raya tersebut.k
Di ruangan komen, pemilik akaun TikTok itu menerangkan bahawa gajah itu sebenarnya telah mengangkat kaki untuk memijak sebuah kereta yang mungkin terjadi kerana lampu kenderaan tidak tertutup.
Video berkenaan telah menerima lebih 1.7 juta tontonan dengan 50 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Orang Ramai Risau Lihat Banyak Gajah Di Jalan Raya
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai risau melihat keadaan tersebut. Mereka berpendapat bahawa pihak berkuasa, termasuk PERHILITAN, perlu mencari jalan untuk mencegah perkara berkenaan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
Namun seorang individu menerangkan bahawa manusialah yang sebenarnya telah menggunakan laluan haiwan itu.
Ada juga yang berpendapat bahawa segerombolan gajah itu duduk di jalan raya itu mungkin untuk menghalang bahaya di hadapan.
Seorang pengguna media sosial turut berkongsi doa yang boleh diamalkan bagi memudahkan perjalanan, yakni doa Nabi Sulaiman AS, doa pelindung dan ayat Kursi.








Pemandu Lori Terserempak Dengan Gajah Hampir Setiap Minggu
Pemandu lori, Mohd Hisham Yazid, apabila dihubungi oleh Sinar Harian berkata perkara itu berlaku di sekitar kawasan Tasik Temenggor, Perak pada jam 3 pagi Jumaat (15 November) lalu.
Difahamkan trafik yang tergendala selama dua jam membabitkan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah.
Hisham sebelum ini telah beberapa kali berkongsi pengalaman dia berhadapan dengan gajah ketika memandu lori di kawasan jalan lama sekitar Hulu Perak termasuk Pulau Banding dan Gerik.
Dia bagaimanapun menerangkan bahawa jumlah gajah yang ditemui sebelum ini tidaklah banyak seperti kejadian minggu lepas.
“Sebagai seorang pemandu lori yang sering menggunakan jalan ini sebagai laluan utama, ia bukan kejadian pelik atau menggerunkan.
“Ini kerana, saya boleh katakan setiap minggu pasti ‘terserempak’ dengan gajah yang mengganggu lalu lintas di Tasik Banding,” katanya dipetik Sinar Harian.
Tutup Lampu Kenderaan Jika Terserempak Dengan Gajah
Mohd Hisham dalam pada itu menjelaskan bahawa gajah akan tertarik kepada cahaya dan menghampirinya untuk bermain.
“Kalau terserempak dengan gajah ketika melalui mana-mana kawasan (waktu malam), perlu perlahankan dan mematikan lampu kenderaan.
“Bukan itu sahaja, jangan sesekali keluar kereta atau menonjolkan diri. Itu sahaja tips untuk mengurangkan risiko daripada diserang haiwan liar berkenaan,” ujarnya.
Dia juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika terserempak dengan gajah yang membawa anaknya kerana ia boleh bertindak ganas apabila berasa terancam.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



