Now Reading
Disoal Mengenai Suntikan Typhoid, Respon Peniaga Kedai Viral Bikin Ramai Geram

Disoal Mengenai Suntikan Typhoid, Respon Peniaga Kedai Viral Bikin Ramai Geram

Respon yang diberikan oleh peniaga tersebut selepas disoal mengenai suntikan typhoid membuatkan orang ramai menyifatkan ia adalah perkara asas yang perlu dilakukan sebelum menjalankan perniagaan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan peniaga yang menjual mi segera di tepi jalan berdekatan Stesen Minyak Caltex Setiawangsa.

Malah perkara itu secara tidak langsung menarik perhatian sehingga ada pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Susulan daripada penularan video tersebut ia secara tidak langsung telah menimbulkan beberapa persoalan di kalangan orang ramai. Ini kerana peniaga membuka kedai di kawasan tepi jalan yang jelas tidak mempunyai permit sah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Benda Boleh Buat Dekat Rumah” – Netizen Persoal Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Maggi Tepi Jalan [Video]

Netizen dakwa peniaga tular jual maggi tepi jalan didakwa tak ambil typhoid

Namun belum reda dengan perkara itu, baru-baru ini peniaga maggi menjadi perhatian selepas memberi kenyataan yang mengundang kepada kritikan ramai mengenai isu suntikan typhoid.

Untuk makluman, setiap peniaga yang menjalankan perniagaan makanan perlu menghadiri kursus penyediaan makanan dan wajib mengambil suntikan typhoid sebagai langkah keselamatan untuk kesihatan.

Perkara itu mula menjadi bualan ramai selepas terdapat seorang pengguna di TikTok yang bertanya di ruangan komen sebuah video tular adakah peniaga ada menghadiri kursus penyediaan makanan serta mengambil suntikan typhoid.

https://www.tiktok.com/@maggiemalam/video/7425883411073584404?_r=1&_t=8rM8jCbkHoK

Cara jawab soalan mencetuskan keraguan

Malah jawapan yang diberikan oleh peniaga membuatkan netizen mendakwa dia tidak mengambil suntikan tersebut sebelum menjalankan perniagaan.

“Awak nak makan ke awak nak cucuk?” soalnya semula kepada pengguna berkenaan.

Ekoran daripada soalan diberikan peniaga berkenaan, pengguna itu lalu mengatakan ia adalah maklumat yang perlu untuk diketahui.

“Nak tahu. Sebab benda basic untuk orang yang sediakan makanan. Kalau tak tahu, kena tahu, wajib tahu (wajib untuk semua peniaga makanan tahu),” kata pengguna itu lagi.

Kenyataan diberikan oleh pengguna itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai pengguna di TikTok di mana rata-rata bersetuju ia adalah satu soalan yang penting.

Peniaga makanan perlu tahu persediaan asas sebelum berniaga

Ada yang berpendapat peniaga sepatutnya tahu asas kepada penyediaan makanan sebelum ingin menjualnya.

Bukan hanya itu, ada juga yang berpendapat cara peniaga membalas pertanyaan tersebut seperti ingin ‘melingkupkan’ perniagaan sendiri.

Tangkap layar komen pertanyaan itu turut menjadi tular selepas dikongsikan oleh individu sama di X dan mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari pengguna aplikasi terbabit.

Malah ada yang menyeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan.

Walau bagaimanapun ada juga yang mendakwa kedai maggi tersebut telah diserbu oleh pihak berkuasa.

Menerusi semakan kami di akaun media sosial kedai terbabit, pihak peniaga bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada mereka telah mengambil suntikan typhoid atau sebaliknya.

Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya ada maklumat baharu mengenai perkara tersebut.

“Typhoid injection dah ada ke?”

“Takkan asas nak meniaga makanan pun tak tahu? Macam mana boleh berniaga ni?”

“Maksudnya boleh seru KKM buat serbuah beramai bersama DBKL lah kan”

“Sebab tu perlunya permit penjaja. Salah satu syarat wajib ambil suntikan typhoid. Aku kalau tak ada permit aku confirm tak singgah.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd