Now Reading
[Video] Tular Van Kurier Langgar Anjing Atas Jalan, Ini Respon GDEX

[Video] Tular Van Kurier Langgar Anjing Atas Jalan, Ini Respon GDEX

Anjing yang sedang duduk di tengah jalan itu cuba melarikan diri pada saat akhir, namun tidak sempat dan menyebabkannya digilis van kurier berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila memandu, kita perlulah sentiasa peka dengan persekitaran di sekeliling terutamanya apabila berada di kawasan perumahan.

Ini kerana pelbagai situasi yang tidak dijangka boleh berlaku di sekitar kediaman jenis ‘landed’ seperti kanak-kanak sedang melintas atau sedang bermain di luar rumah.

Selain itu kelibat haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing juga perlu diambil perhatian memandangkan mereka juga sering dilihat berada di kawasan yang terselindung.


Anjing Dilanggar Van Kurier Hidup-hidup

Baru-baru ini, tular sebuah video dari rakaman CCTV menunjukkan sebuah van kurier dipercayai dari syarikat GDEX berpandukan pelekat badan kenderaan telah melanggar seekor anjing yang sedang tidur di tengah jalan

Sebelum dirempuh, anjing itu dilihat cuba untuk bangun pada saat akhir dan melarikan diri tetapi tidak sempat menyebabkannya digilis.

Oleh kerana kesakitan yang dialami, anjing itu kelihatan tidak keruan dan terlompat-lompat sambil terbaring selepas digilis van.

Perkongsian video dimuat naik oleh pengguna Facebook Joseff Hoo itu telah meraih perhatian ramai dan meminta pendapat masyarakat berikutan kes yang terjadi.


Masyarakat Tidak Puas Hati Dengan Pemandu Van Yang Tersebut

Rata-rata netizen berpendapat pemandu terbabit perlu mengambil tanggungjawab atas perbuatannya yang telah melanggar haiwan di jalan raya.

Malah, wujud juga segelintir individu yang meluahkan rasa kecewa dengan syarikat kurier berkenaan atas sikap penghantar mereka yang dianggap tidak berperikemanusiaan terhadap anjing itu.

Mereka turut menganggap adalah mustahil jika pemandu berkenaan tidak melihat anjing bersaiz besar itu berada di tengah jalan.

Pada masa yang sama, orang ramai turut prihatin dengan keadaan haiwan tersebut dan tertanya-tanya jika anjing tersebut sudah mendapat rawatan atas kecederaan yang dialami.


GDEX Beri Kenyataan Berhubung Kes Pemandunya Langgar Anjing

Peka dengan apa yang berlaku, GDEX tampil memberikan kenyataan berhubung kejadian melibatkan penghantarnya yang tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook GDEX Express Sdn Bhd, syarikat kurier itu menjelaskan kes yang berlaku pada 6 November itu adalah di Jalan Bunut 6, Taman Seri Bunut, Banting Selangor.

GDEX dengan penuh kekesalan atas insiden itu meminta maaf dengan kejadian tersebut.

Susulan itu, pemandu berkenaan telah digantung tugas oleh pihak GDEX dan dikenakan tindakan disiplin.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Pihak pengurusan telah menggantung kerja pemandu terbabit dan akan memgambil tindakan disiplin terhadapnya. Kami juga akan memperkukuhkan lagi prosedur serta protokol keselamatan,” jelas GDEX.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd