Now Reading
[Video] Pusat Servis Kereta Terpaksa ‘Bedah’ Kereta Untuk Cari Punca Bau Busuk

[Video] Pusat Servis Kereta Terpaksa ‘Bedah’ Kereta Untuk Cari Punca Bau Busuk

Menurut pusat servis berkenaan, juruteknik perlu mencabut bahagian rangka badan kereta sehingga ke belakang untuk mencari punca bau busuk itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi anda yang memiliki kereta, pernah tak tercium bau busuk di dalam kereta yang tidak dapat dikenal pasti dari mana datangnya?

Kadangkala mungkin ada makanan dan minuman yang tertumpah sehingga basi, atau karpet serta kerusi yang lembap menimbulkan bau hapak.

Namun jika tidak jumpa punca tersebut, pasti kereta akan dihantar ke mekanik atau pusat servis untuk membantu mencari dari mana bau busuk itu timbul.


Bau Busuk Dalam Kereta Sampai Rasa Nak Pitam

Menerusi video yang tular di TikTok satu syarikat pusat servis kereta (@baihakiautomotive), sebuah kereta telah dihantar ke sana untuk mencari punca bau busuk di dalam kereta.

“Customer hantar kereta bukan untuk repair, tapi nak cari punca kenapa kereta bau busuk. Memang busuk do’oh,” katanya.

Menurutnya, bau busuk di dalam kereta itu begitu kuat sehingga salah seorang pekerja terasa nak pitam!

Pencarian pada hari pertama gagal menemukan punca bau busuk tersebut sehingga mereka terpaksa meneruskan usaha keesokan harinya.


Anak-Beranak Tupai Duduk Dalam Rangka Kereta, Ada Yang Mati

Pada hari kedua pencarian, mereka terpaksa mencabut bahagian pada kereta terbabit untuk mencari punca bau busuk itu. Bukan setakat dashboard, tetapi hampir satu kereta dicabut!

Rupa-rupanya, mereka menemukan tupai yang duduk di bahagian struktur kerangka belakang sebelah kiri kereta. Bukan seekor, tetapi sudah beranak-pinak!

Malah, terdapat seekor tupai yang telah terkorban. Bangkai itu rupanya yang menghasilkan bau busuk tersebut.

Apabila ditanya, pusat servis berkenaan mengenakan cas lebih RM300 kepada pemilik kereta memandangkan juruteknik perlu mencabut bahagian badan kereta sehingga ke belakang.


“Bau Berbulan Tak Hilang” – Pengguna TikTok

Di ruangan komen, orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi bau busuk di dalam kereta sebelum terjumpa bangkai haiwan. Ada yang tidak boleh melupakan baunya sehingga ke hari ini!

“Pernah dulu kereta bau busuk macam bangkai. Bila hantar bengkel, ayah cakap ada bangkai cicak. Saya tak rasa tu bau bangkai cicak,” kata seorang pengguna TikTok.

Selain bangkai haiwan, ada juga yang berkata kereta mereka telah menjadi sarang tikus sehingga dipenuhi sisa makanan dan najis.

Dalam masa sama, seorang individu bertanya apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan haiwan sedemikian daripada bersarang di dalam kereta.

Pihak Baihaki Automotive menjelaskan bahawa perkara sedemikian tidak dapat dijangka, namun pemilik kereta boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak meletakkan kenderaan berdekatan dengan semak samun atau tempat pembiakan haiwan.


Bau Busuk AC Kereta Bukan Disebabkan Bangkai Sahaja

Sebenarnya, bau busuk di dalam kereta bukan sahaja boleh disebabkan oleh bangkai haiwan.

Menurut Baihaki Automotive, bau masam apabila membuka pendingin hawa juga boleh disebabkan oleh kewujudan bakteria akibat penghawa dingin yang tidak diservis.

Habuk boleh menjadi lendir busuk jika penapis pendingin udara tidak ditukar. (Sumber gambar: ACS Car Service)

Dia juga berkata pemilik kereta boleh menukar ‘receiver drier’ yang dapat mengelakkan kelembapan dan bahan pencemar masuk ke sistem kenderaan.

Apapun jika ada bau busuk dalam kereta yang tak hilang-hilang, terus bawa kenderaan ke pusat servis ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd