Now Reading
Ibu Tunggal ‘Takluk’ Gunung Kinabalu 9 Kali Dalam Sebulan, Biar Betul?

Ibu Tunggal ‘Takluk’ Gunung Kinabalu 9 Kali Dalam Sebulan, Biar Betul?

Ketika menawan puncak Gunung Kinabalu buat kali kesembilan pada 12 November jam 7 pagi, Kartina telah mencipta dua buah aplikasi terbaharu iaitu Melawat Malaysia dan Sejarah Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan ketahanan yang sangat luar biasa, seorang ibu tunggal kepada lima orang anak dan juga pembangun aplikasi mudah alih dikenali sebagai Kartina Abdul Ghani berusia 53 tahun telah membuktikan apa yang dianggap mustahil bagi orang lain.

Mana tidaknya, wanita ini telah mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Sabah sebanyak sembilan kali dalam tempoh satu bulan.

Lebih mengagumkan lagi apabila wanita ini juga melancarkan aplikasi telefon bimbit di Google Play Store dan Apple App Store setiap kali tiba di puncak.

Terbaharu, dia tiba di puncak Gunung Kinabalu untuk kali kesembilan pada hari Selasa (12 November) sekitar jam 7 pagi.

Diiringi oleh dua orang pendaki lain, Kartina mengingati pencapaian itu dengan mencipta dua aplikasi mudah alih baharu iaitu Melawat Malaysia (Visit Malaysia), dan Sejarah Malaysia (Malaysia History) di Google Play Store serta Apple App Store.

Difahamkan dua buah aplikasi berkenaan diterbitkan semasa dia berada di Low’s Peak pada ketinggian 4,095 meter di atas laut.


Cipta Portfolio Dari Atas Puncak

Mengimbangi peranannya sebagai ibu tunggal, pembangun aplikasi, dan kini sebagai individu yang sudah sembilan kali menawan puncak Kinabalu, Kartina memupuk semangat ‘multitasking’ moden.

Kartina berkata sebagai ibu tunggal kepada lima anak, perjalanannya bukan sekadar mendaki gunung, tetapi ia mengenai cara kita melawan halangan yang ada dan membuktikan bahawa inovasi tidak mengenal had.

Semasa ekspedisi Gunung Kinabalu selama 14 hari bermula pada 15 Oktober, dia menunjukkan cara mencipta aplikasi mudah alih dan menggunakan AI dengan berkesan untuk mengembangkan perniagaan sambil menawan salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Antara aplikasi yang telah dibangunkan oleh Kartina adalah:

  • Mari Melawat Sabah (Visit Sabah)
  • Pergunungan Sabah (Mountains of Sabah)
  • Masakan Sabah (Sabah Cuisine)
  • Mengenai Sabah (About Sabah)
  • Ucapan Selamat dan Latar Belakang Telefon Sabah (Sabah Greetings and Phone Background)
  • Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah (Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah)
  • Kalendar dan Perayaan Sabah (Kalendar dan Perayaan Sabah)

Memberi Inspirasi Untuk Generasi Akan Datang

Dia juga ingin menunjukkan kepada anak-anaknya dan masyarakat bahawa setiap orang mampu untuk mencapai apa sahaja yang diimpikan.

Sama ada mendaki gunung sebanyak sembilan kali atau mencipta aplikasi untuk membantu komuniti, kunci utamanya adalah tidak berputus asa.

Matlamat seterusnya bagi Kartina adalah dia mahu menawan Gunung Everest pada tahun 2026, di mana dia merancang untuk terus melangkaui sempadan teknologi dan daya tahan manusia.

@kartinaabdulghani

biar betul? alas puncak Kinabalu pun ada line ke? done publish 2 apps kat Google Play Store- hari ini dalam sejarah ! #kinabaluexpedition2024 #theambmountainexpeditions #kartinaabdulghani #binaappsmobile

♬ original sound – Kartina Abdul Ghani – Kartina Abdul Ghani


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd