Anak Kantoi Tak Buat Kerja Sekolah, Ibu Nekad Bawa Jumpa Polis
Si ibu membawa anaknya ke sebuah polis selepas seorang guru menghantar mesej di WhatsApp memberitahu anaknya tidak menyiapkan kerja sekolah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rutin bagi setiap murid pasti akan diberikan kerja sekolah dari guru yang mengajar subjek tertentu sebagai ulangkaji semula.
Walau sesibuk mana sekalipun aktiviti seharian anda, tugasan yang diberikan oleh guru itu perlu dianggap sebagai satu amanah dan tanggungjawab.
Tetapi tidak dinafikan pasti akan wujud segelintir murid yang malas mahu menyiapkan kerja sekolah dan akan memberikan pelbagai alasan apabila disoal oleh cikgu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jari Tak Cukup”- Respon Spontan Si Kecil Selepas Ditanya Guru Kenapa Tak Siap Kerja Sekolah Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!
Baca Artikel Berkaitan: Sering Tanya Tentang Kerja Sekolah Anak, Cikgu Terpaksa Tegur Ibu Bapa Di Grup WhatsApp
Ibu Bawa Anak Jumpa Polis Selepas ‘Kantoi’ Tak Siapkan Kerja Sekolah
Baru-baru ini, seorang wanita mengambil keputusan untuk menghantar anak lelakinya untuk berjumpa dengan pegawai polis selepas dikatakan tidak membuat kerja sekolah.
Menerusi gambar dimuat naik di laman TikTok (@syuhadazahri_911), tindakan si ibu itu hanyalah untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas ‘kantoi’ menipu mengatakan bahawa dia telah menyiapkan segala tugasan semasa di sekolah.
Jelas wanita tersebut di ruangan kapsyen, anak bongsunya bernama Syauqi itu pasti akan memberitahu dia telah menyelesaikan segala kerja rumah setiap kali ditanya oleh ibunya.
Namun penipuan itu terbongkar selepas guru kelas anaknya menghantar pesanan mesej di WhatsApp memaklumkan situasi sebenar yang terjadi.
“Haritu cikgu WhatsApp cakap anak tak siap kerja sekolah. Bila tanya kat rumah, jawapan dia mesti dah siap kat sekolah lepas tu tak adalah kerja sekolah. Malas nak bising-bising dah. Umur makin meningkat. Mama serah je kat polis,” ujarnya.

Nak dijadikan cerita, pegawai polis yang bertugas pun memberikan kerjasama kononnya akan mengambil tindakan kepada kanak-kanak terbabit kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Siap datang bawa gari, tunjuk lokap dan sudah bersedia dengan kereta polis. Kelakar sungguh!
“Elok la polis bagi kerjasama padu. Yang datang bawa gari tu tak menahan. Yang dah tunjuk lokap tu huru-hara Syauqi. Yang standby kereta polis. Merealisasikan hajat mama nak bentukkan Syaugi anak comel ni,” kata wanita tersebut.
Mengambil pengajaran atas tindakan ibunya, Syaugi dikatakan seharian tidak memegang telefon bimbit dan kerja sekolahnya juga sudah disiapkan.
Ramai Terhibur Lihat Cara Si Ibu Beri Pengajaran Kepada Anaknya
Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa cara yang dilakukan oleh Syuhada itu agak bernas dalam mendidik anak-anak yang malas untuk membuat kerja sekolah.
Siap ada yang tanya ‘tutorial’ nak buat benda sama.
Jelas pemilik video berkenaan, dia sebenarnya sudah meminta pegawai polis untuk ‘berlakon’ di hadapan anaknya.
Namun sesetengah ibu bapa pula mengadu bahawa cara ini tidak berkesan kepada anak mereka kerana mempunyai bapa yang juga merupakan seorang pegawai polis.


Pada masa yang sama, seorang netizen yang bergelar guru berterima kasih kepada wanita ini kerana sanggup berbuat demikian agar anaknya melakukan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Namun ada juga sesetengah kanak-kanak yang mendakwa ibu bapa mereka tidak boleh berbuat demikian kerana seolah-olah mengganggu tugasan polis yang sedang sibuk menguruskan pelbagai kes.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



