4 Cawangan Dolly Dim Sum Terima Sijil Halal JAKIM
Empat cawangan Dolly Dim Sum yang menerima sijil halal JAKIM ialah di Suria KLCC, Pavilion KL, NU Sentral dan East Coast Mall.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan rujukan yang penting bagi umat Islam memilih makanan dan minuman yang dijamin halal dan bersih.
Walaupun begitu, kadangkala terdapat umat Islam yang menjamu selera di sesebuah premis tanpa menyemak sijil halal kerana melihat ramai melakukan perkara sama.
Seperti sebelum ini, JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa lima restoran makanan terkenal tidak mempunyai sijil halal.
Baca Artikel Berkaitan: “5 Premis Makanan Terkenal Tiada Sijil Halal” – JAKIM
4 Cawangan Dolly Dim Sum Disahkan Halal
Semalam (12 November), Dolly Dim Sum menerusi media sosialnya mengumumkan bahawa empat cawangannya telah menerima sijil halal JAKIM.
Empat cawangan tersebut ialah:
- Suria KLCC, Kuala Lumpur
- Pavilion, Kuala Lumpur
- NU Sentral, Kuala Lumpur
- East Coast Mall, Kuantan, Pahang
Pihaknya juga dijangka akan menerima sijil halal JAKIM bagi lain-lain cawangan dalam masa terdekat.
“Pencapaian ini menunjukkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan makanan berkualiti dan pengalaman makan yang luar biasa kepada semua pelanggan kami, termasuk mereka yang menginginkan jaminan Halal,” katanya.
Dolly Dim Sum dalam pada itu turut menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan para pelanggan serta kepercayaan dan keyakinan mereka.
Dapur Pusat Dolly Dim Sum Disahkan Halal
Terdahulu, Dolly Dim Sum menerusi laman webnya berkata dapur pusat yang membekalkan makanan dan bahan mentah kepada kesemua cawangannya telah disahkan halal oleh JAKIM.
Perkara ini juga boleh disemak melalui direktori halal JAKIM di bawah nama pemiliknya, Asia Mex Sdn Bhd.
Dolly Dim Sum turut menjelaskan bahawa kesemua cawangannya mendapatkan bahan mentah dan makanan separa siap dari dapur pusat tersebut.
Menerusi hantaran Instagram pada 1 Ogos, pihaknya juga mengumumkan bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bagi setiap cawangan sedang dijalankan.
Dolly Dim Sum menerusi satu hantaran IGS sebelum ini menerangkan bahawa pemperolehan sijil halal dapur pusat merupakan sebahagian daripada langkah penting dalam keseluruhan proses pensijilan.
Orang ramai boleh membuat semakan status halal mana-mana premis atau produk menerusi Portal Halal Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sijil Halal JAKIM, 4 Premis Makanan Terkenal Keluar Kenyataan
Baca Artikel Berkaitan: “Hati-Hati” – Individu Dakwa Tak Semua Makanan Dijual Peniaga Bertudung Di Hat Yai Halal
Baca Artikel Berkaitan: Isetan Letak Rokok Di Seksyen ‘Non-Halal’ Undang Perhatian Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.