Now Reading
Wanita Rugi RM4,800 Lepas Telefon Digodam Ketika Beli ‘Seafood’ Secara Online

Wanita Rugi RM4,800 Lepas Telefon Digodam Ketika Beli ‘Seafood’ Secara Online

Telefon mangsa tidak boleh beroperasi selama hampir sejam selepas memuat turun dan mengakses perisian fail jenis .APK yang diminta oleh peniaga online itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang wanita berusia 36 tahun dari Kulai, Johor, berdepan detik cemas selepas telefon bimbitnya secara tiba-tiba bertukar hitam semasa melakukan transaksi untuk membeli makanan laut melalui sebuah laman web atas talian.

Lebih parah, situasi yang berlaku itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM4,800 selepas amaun berkenaan dipindahkan daripada akaun banknya.

Pengerusi MCA Kulai Chen Fan Chong yang berkongsi kejadian itu dalam hantarannya di laman Facebook berkata wanita tersebut mahu membuat pembelian makanan laut dari sebuah halaman yang mempunyai ramai pengikut.

Selepas dihubungi, peniaga berkenaan telah meminta pembeli tersebut menekan satu fail untuk memilih menu.

Namun selepas mengakses perisian berkaitan, telefon milik wanita itu menjadi hitam dan tidak dapat beroperasi selama hampir sejam.


Orang Ramai Nasihat Elak Muat Turun Fail Jenis APK Ketika Membuat Pembelian Secara Atas Talian

Susulan insiden berkenaan, wanita itu telah memfailkan laporan polis dan Chen juga menasihatinya agar menghubungi talian hotline Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional (NSRC) 997 untuk mendaftarkan kes tersebut.

Pada masa sama, Chen mengingatkan orang ramai supaya tidak mengklik sebarang fail rawak semasa membeli-belah dalam talian terutamanya fail jenis .APK (Android Package Kit).

Apabila dimuat turun, ia membolehkan seseorang mengakses peranti mangsa tanpa kebenaran dan ia secara tidak langsung membuatkan mereka boleh mencuri data peribadi seperti kad pengenalan, SMS dan maklumat perbankan.

Walaupun kes jenayah penipuan .APK bukanlah satu perkara baru, tetapi masih ada golongan yang terus menjadi mangsanya.


Hanya Guna Laman Web Yang Sah

Orang ramai dinasihati untuk membeli dari syarikat online yang terkenal atau sah bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan.

Mereka yang meragui transaksi dalam talian perlu sentiasa berwaspada, terutamanya bagi golongan yang tidak biasa membeli secara atas talian.

Pantau akaun anda dengan kerap dan lindungi maklumat peribadi bagi mengurangkan risiko sekiranya berlaku kecurian.

Untuk tujuan keselamatan, adalah digalakkan golongan ini mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau rakan yang berpengalaman kerana pengesahan tersebut boleh mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Online Scam Paling Popular Di Malaysia, Ramai Yang Kecundang

Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Kurier Tidak Akan Minta Pelanggan Buat Pindahan Wang Menerusi Panggilan Telefon – Polis

Baca Artikel Berkaitan: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd