Rumah Tradisional Guna Bahan Moden Di Melaka Tarik Perhatian Ramai
Sebagai info, nama perumahan ini adalah Taman Camar Astana di Bukit Katil, Melaka dan diuruskan oleh pemaju di bawah Tri Urbanity Sdn Bhd.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Zaman sekarang ni susah nak jumpa rumah gaya lama seperti di kampung kan? Boleh dikatakan kebanyakan kediaman jenis ‘landed’ pada hari ini dibina dengan rekaan moden.
Sebenarnya kalau korang perasan, ada banyak jenis rumah-rumah kampung tradisional seperti rumah Baba Nyonya, rumah Minangkabau, rumah panjang Sarawak dan sebagainya.
Kalau terjumpa kediaman ini, mesti ramai yang tidak ketinggalan untuk mengambil gambar. Maklumlah, ia dianggap sesuatu yang agak ‘rare’ pada zaman ini.
Rumah Jenis Tradisional Dibina Dengan Bahan Konkrit Dibina Di Melaka
Baru-baru ini menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna X (@pickyhn), tular mengenai kediaman sebuah perumahan yang memperlihatkan konsep rumah tradisional Melayu.
Sekali tengok, memang macam rumah orang kampung zaman dulu. Cantik!
Apa yang membuatkan lebih ramai tertarik adalah apabila rumah berkenaan dibina dengan bahan konkrit.
Sebagai info, nama perumahan ini adalah Taman Camar Astana di Bukit Katil, Melaka dan diuruskan oleh pemaju di bawah Tri Urbanity Sdn Bhd.
Buat masa ini, rekaan untuk rumah Fasa 1 sudah siap manakala kediaman Fasa 2 yang terletak berhadapan Fasa 1 masih dalam pembinaan.
Cool gila perumahan ni. Konsep rumah Melayu, tapi semuanya concrete pic.twitter.com/mORJUpRZFv
— Picky (@pickyhn) November 9, 2024
Ramai Puji Rekaan Rumah Gaya Tradisional Melayu Itu
Perkongsian itu menarik perhatian ramai selepas masyarakat memberi reaksi positif dan memuji keanggunan rekaan rumah di Melaka itu.
Sesetengah netizen berpendapat rekaan kediaman ini dapat mengelakkan rumah dari dimasuki air akibat banjir kerana mempunyai tiang kaki yang tinggi.
“Cantik betul. Confirm kalau banjir air tak masuk rumah,” ujar pengguna X.
Siap ada yang berharap agar rekaan rumah sedemikian dapat diperluaskan lagi ke seluruh Malaysia lebih-lebih lagi di atas tanah rizab Melayu.
Pada masa yang sama, mereka turut tertanya-tanya harga jualan rumah itu.
“Salam tuan berapa range harga untuk rumah ni? Ada sekuriti tak?” soal netizen.
Jenis-jenis Rumah Tradisional Di Malaysia
Rumah tradisional di Malaysia mempunyai jati diri dan membawa identiti pelbagai kaum. Antara seni binaan tradisional dalam kediaman di negara kita adalah:
- Rumah Tradisional Melaka
- Rumah Panjang Dayak
- Rumah Panjang Orang Ulu
- Rumah Minangkabau
- Rumah Pasak
- Rumah Kutai
- Rumah Serambi
- Rumah Melayu Sarawak
- Rumah Tradisional Melanau
- Rumah Agam Peranakan (Baba Nyonya) Pulau Pinang
- Rumah Peranakan (Baba Nyonya) Melaka
- Istana Seri Menanti
- Istana Kenangan
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu tentang sejarah dari segi kebudayaan dan gaya hidup yang dipenuhi dengan pelbagai kaum.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Cipta Website Untuk Mudahkan Orang Ramai Cari Rumah Dekat Dengan LRT
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai
Baca Artikel Berkaitan: CUURA Space, U.JU, Nitori & 4 Lagi Tempat Untuk Beli Barang Rumah Yang Estetik Di KL & Selangor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.