Now Reading
[Video] Lelaki Ini Kongsi 4 ‘Life Lesson’ Lepas Pakai Kostum Kartun Di Khalayak Ramai

[Video] Lelaki Ini Kongsi 4 ‘Life Lesson’ Lepas Pakai Kostum Kartun Di Khalayak Ramai

Pengguna TikTok ini telah mencabar dirinya untuk memakai ‘inflatable costume’ di tempat terbuka dan berinteraksi dengan orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak kalau korang pergi mana-mana, rasa macam segala pergerakan diperhatikan oleh masyarakat sekeliling? Tak best betul bila asyik rasa sebegitu.

Sebagai info, perasaan tersebut dikenali sebagai ‘Scopophobia‘ di mana seseorang merasakan individu berhampiran sedang menilai atau ‘judge’ apa yang sedang dilakukan.

Tapi, betul ke sebenarnya orang-orang di sekeliling kita ini sedang memerhatikan apa yang kita buat?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bila Senang Jangan Lupa” – Perkongsian Alif Satar Tentang Onak Duri Kehidupan Buat Ramai Terinspirasi

Baca Artikel Berkaitan: Nak Tahu Rahsia Untuk Berjaya Dalam Hidup? Ini 7 Nasihat Dikongsikan Dr Fadzillah Kamsah

Baca Artikel Berkaitan: Pengasas Jenama Bulan Bintang Pernah Jual Di Uptown. Ini Kisah Unik Dari Azzim Zahid Azmi


Individu Ini Kongsi Pengalaman Pakai Kostum Secara Rawak Di Kawasan Terbuka

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@amirpls), lelaki ini menceritakan dia telah mencabar diri sendiri untuk memakai ‘inflatable costume’ di tempat terbuka dan berinteraksi dengan orang ramai.

Berdasarkan pengalaman tersebut, pemuda bernama Amir Rozali ini berkongsi empat pengajaran hidup yang diperolehi sebagai menyahut cabaran berkenaan.

Antaranya:

#1. Orang Sekeliling Tak Kisah Apa Yang Korang Nak Buat
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Kata lelaki ini, masyarakat tidak mengambil perhatian tentang apa sahaja yang korang nak buat. Selagi ia adalah perkara betul, buat je.

“Tak ada siapa kisah, kau buat je apa yang kau rasa betul,” ujar Amir.

Ini kerana setiap individu sedang sibuk memikirkan masalah sendiri dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang masalah orang lain.

“Sebenarnya semua orang tengah busy fikir masalah diorang sendiri. Dalam dunia yang begitu luas ni, kau habuk je,” katanya.

Tetapi Amir menjelaskan jika wujud individu yang menunjukkan sifat mengambil berat terhadap korang, jagalah mereka sebaik mungkin.

#2. Perlu Jadi Lebih ‘Besar’ Untuk Atasi Masalah Anxiety
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Bila kena buat sesuatu perkara di khalayak ramai, mesti ramai yang rasa berdebar dan ‘anxiety’ kan? Ujar Amir, perasan takut itu takkan hilang dan korang sendiri yang kena jadi lebih ‘besar’ daripadanya.

Senang kata, korang kena lawan perasaan takut itu. Hanya diri sendiri je yang mampu untuk membesar atau mengecilkan kawalan ‘anxiety’ dalam diri.

“Malam aku pakai kostum tu, hari aku paling anxious sekali sebenarnya. Tapi aku tahu, kuasa untuk besarkan atau kecilkan anxiety tu adalah pada aku sendiri,” jelas Amir.

#3. Orang Akan Ingat Kita Bergantung Kepada Perasaan Yang Kita Beri
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Amir menceritakan seseorang itu hanya akan mengingati kita bergantung kepada bagaimana kita buat mereka rasa. Bagi dirinya, dia memakai kostum tersebut adalah untuk memberikan perasaan gembira kepada orang sekeliling.

“Untuk aku, aku cuma nak buat orang rasa gembira dan terhibur,” luah pengguna TikTok ini.

#4. Jadikan Diri Sendiri Sebagai Penilai
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Mesti korang pun pernah rasa yang orang sekeliling macam tengah ‘judge’ kan? Rasanya ramai yang pernah rasa macam itu.

Amir memberi pendapat bahawa kita sebenarnya tidak perlu menghiraukan masyarakat di sekeliling dan menjadikan diri sendiri sebagai penilai.

Ini kerana hanya kita je yang tahu tentang diri kita sendiri. Betul tak?

“Dulu aku selalu rasa ada banyak sangat mata-mata yang tengah perhatikan gerak-geri aku. Aku fikir apa yang aku buat, mesti akan ada orang judge. Padahal apa yang paling penting adalah apa yang aku rasa terhadap diri sendiri,” ujarnya.

@amirpls

Vlog 16: 4 benda yang aku belajar dari jadi inflatable costume

♬ original sound – Amir Rozali – Amir Rozali

Masyarakat Hargai Nasihat Yang Diberikan

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan respon yang cukup positif terhadap video berkenaan kerana ia mengandungi nasihat yang bermanfaat.

Malah, ada yang menganggap nasihat ini seolah-olah kena pada masanya ketika mereka sangat memerlukannya.

“Bro terima kasih, memang saya perlukan sangat nasihat ni. Nak buat brisk walk tapi takut kena judge,” kata netizen.

Semoga nasihat ini juga dapat membantu korang mengatasi masalah yang sama.

Sumber: TikTok

Apa Itu ‘Anxiety’?

Setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan atau juga disebut sebagai Anxiety.

Anxiety merupakan suatu perasaan cemas dan keresahan yang berlaku terlalu kerap terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan ia menjadi satu gangguan yang tidak normal kepada diri sendiri.

Jika masalah tersebut berlarutan, ia boleh mengakibatkan seseorang mengalami gejala fizikal seperti sesak nafas, menggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-debar, menggeletar, berpeluh atau hampir pengsan.

Berikut merupakan beberapa petanda jika seseorang itu menghidap anxiety tanpa disedari.

Antaranya:

  1. Membiarkan pesanan mesej dari WhatsApp tidak dibaca sepanjang hari.
  2. Sering menyalahkan diri terhadap perkara yang berlaku di luar kawalan.
  3. Kerap kali menyemak sesuatu perkara.
  4. Tidak sedar bahawa anda sudah mengelamun melebihi 15 minit.
  5. Hilang selera makan.
  6. Membenci seseorang tanpa sebab.
  7. Malas untuk solat dan beribadah.

Tips Untuk Memastikan Kesihatan Mental Sentiasa Stabil

Sumber: Pexels

Untuk memastikan kesihatan mental sentiasa terjaga dan stabil pada waktu yang mencabar sememangnya memerlukan seseorang itu kekal kuat.

Sebelum ini, netizen pernah membincangkan hal ini di media sosial dan saling bertukar pandangan tentang cara-cara bagi memastikan kesihatan mental kekal stabil.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

  • Rehatkan diri daripada media sosial.
  • Cari hobi baharu seperti memasak, membaca buku, berbasikal dan sebagainya.
  • Perbanyakkan bersenam dan bersukan.
  • Perbanyakkan solat, berzikir dan membuat ibadah.
  • Bina rutin harian yang positif.
  • Membela haiwan peliharaan mengikut keselesaan anda seperti kucing, ikan, arnab dan lain-lain.

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anxiety & Serangan Panik Boleh Berjangkit? Ini Penjelasan Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi 6 Mitos Masalah Kesihatan Mental & Fakta Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd