[Video] Tular Ada Lipas Di ‘Display’, Empire Sushi Mohon Maaf & Lakukan Kerja Pembersihan
Sebelum ini tular video seekor lipas sedang berkeliaran di belakang sushi-sushi yang dipamerkan di ruangan penyimpanan kedai makan Empire Sushi, Sunway Pyramid.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila membeli makanan dan minuman di luar, sudah tentu anda mengharapkan ia sedap dan ‘kena’ dengan selera anda. Selain itu, kebersihan dan keselamatan makanan itu sendiri juga perlu dititikberatkan.
Sebelum ini, tular di media sosial menunjukkan terdapat seekor anak lipas berkeliaran dalam ruangan penyimpanan roti di sebuah kedai bakeri tempatan.
Video berdurasi tujuh saat itu telah mendapat perhatian ramai yang mana rata-rata daripada mereka meluahkan rasa jijik serta berang terhadap pihak bakeri yang cuai dalam bab kebersihan makanan dijual kepada pelanggan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Lipas Berkeliaran Dalam Ruangan Roti Di Kedai Bakeri, Netizen Luah Rasa Jijik
Wanita Jumpa Lipas Pada ‘Display’ Sushi Di Empire Sushi
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Hazieqira (@hazieqira98) menunjukkan seekor lipas yang berada di ruangan penyimpanan makanan sebuah kedai sushi.
Menurut wanita itu, kejadian ini berlaku di restoran Empire Sushi cawangan Sunway Pyramid. Menerusi video perkongsian, kelihatan anak lipas berkenaan berjalan di bahagian belakang sushi-sushi dipamerkan.
Hantaran ini dalam masa sama telah mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta setakat artikel ini ditulis.
@haziqiera98 Cari benda tersembunyi gaiss 🪳 #lipas ♬ Lipas – Didi & Friends
Ramai Jijik Lihat Lipas Merayap Dalam Ruang Penyimpanan Sushi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa geli selepas melihat keberadaan serangga perosak di ruangan penyimpanan sushi tersebut.
“Favourite aku ni. Mual pulak rasa bila bayangkan dia (lipas) merayap atas sushi tu,” ujar seorang wanita.
Malah ada juga yang berkata ia merupakan tugas pekerja di sana bagi memastikan kedai dalam keadaan terurus dan bersih.
“Sebab tu masa closing (tutup kedai) pekerja kena buat (bersihkan) betul-betul. Bersihkan dapur dan semua tempat kotor. Kalau tidak memang akan menyebabkan kehadiran makhluk-makhluk ni la,” kata seorang pengguna TikTok.
Empire Sushi Jalankan Kerja Pembersihan Di Cawangan Sunway Pyramid
Cakna tentang isu yang tular di media sosial, Empire Sushi menerusi akaun TikToknya semalam (7 November) telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para pelanggan.
“Kami ingin memohon maaf atas kejadian baru-baru ini yang berlaku di cawangan Sunway Pyramid. Kesejahteraan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami,” kata pihaknya di ruangan kapsyen.
Mengulas lanjut, cawangan tersebut telah pun diarahkan tutup sementara pada semalam untuk kerja-kerja pembersihan menyeluruh termasuk memangggil kawalan serangga perosak (pest control) bagi memastikan standard dan keselamatan terjaga.
“Kami komited sepenuhnya untuk menyelesaikan isu ini, mengambil lebih banyak langkah tambahan untuk mencegah sebarang kejadian sebegini pada masa hadapan.
“Kepercayaan anda adalah sangat penting dan kami berjanji akan bekerja tanpa jemu bagi memastikan kunjungan anda yang seterusnya adalah bebas daripada sebarang kebimbangan,” tambah Empire Sushi.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Lipas Dalam Makanan Di Restoran Terkenal, KKM Akan Jalankan Siasatan
Laporkan Kepada KKM Jika Kualiti Makanan Di Premis Tak Berkualiti
Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) KKM sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tamat tarikh luput, tercemar serta rosak.
Platform dan cara-cara membuat aduan adalah seperti berikut:
- Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Hubungi talian BKKM atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC): 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
- Facebook BKKM.
- Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Basuh Tak?” – Pelanggan Kedai Makan Jijik Jumpa Bulu Pada Kepak Ayam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram