[Video] Saga Gelupur Elak Motosikal Belok Sesuka Hati Raih Perhatian
Menerusi video tular, kelihatan penunggang motosikal wanita itu membelok ke kanan sehingga memasuki lorong bertentangan semasa berada di garisan berkembar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sehingga ke hari ini, masih ramai di antara kita yang memandu secara berbahaya sehingga boleh menggugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Seperti sebelum ini, sebuah kereta jenis Perodua Axia telah bertindak memandu secara melulu dari lorong paling kiri ke arah laluan kanan menghala ke ‘flyover’ (jambatan). Axia terbabit dilihat melepasi tiga buah kereta yang lain ketika melencong ke susur kanan.
Perkara yang lebih mengundang perhatian adalah pemilik Axia itu juga tidak menyalakan lampu signal sebelum menukar laluan.
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Tak Pasang Signal” – Axia ‘Pancung’ Ke Flyover Undang Kecaman [Video]
Penunggang Motosikal Melencong Secara Mengejut Di Garisan Berkembar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@achiknurull) menyaksikan situasi cemas yang berlaku di sebuah jalan raya dipercayai sekitar kawasan kampung.
Menerusi rakaman video dashcam, kelihatan seorang penunggang motosikal wanita sedang berada di lorong yang sama dengan kereta jenis Proton Saga. Pada awalnya, kedua-dua pengguna jalan raya itu membawa kenderaan masing-masing dalam keadaan terkawal.
Namun lain pula yang terjadi apabila wanita tersebut secara tiba-tiba melencong atau membelok ke arah kanan. Penunggang motor itu juga dilihat melanggar garisan berkembar di jalan raya tersebut.
Difahamkan, penunggang kenderaan dua roda itu sedang menuju ke bangunan yang berada di sebelah kanan dipercayai sebuah sekolah.
Tindakannya itu membuatkan Saga yang berada di sebelahnya mula ‘menggagau’ cuba mengelak daripada berlakunya pelanggaran. Lebih mencuri tumpuan motosikal itu langsung tidak menyedari keberadaan Saga itu menyebabkan dia meneruskan niatnya.
Mujur Saga berkenaan berjaya mengawal kenderaannya sekaligus mengelak kemalangan.
@achiknurull Eh Ehh eh mak cik oii #fyp #fypシ ♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Wanita Tunggang Secara Melulu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman mereka memandu di belakang pemandu yang lebih berusia.
“Cukup takut kalau ikut belakang orang tua yang bawa motor. Mungkin diorang rasa macam bawa motor zaman diorang muda mudi. Jalan clear elok, kenderaan tak banyak,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan yang berlaku selepas insiden tersebut.
“Nasib baik arah bertentangan tu tak ada kereta atau lori. Orang lain pula terpaksa tekan brek untuk dia (penunggang motosikal),” jelas seorang pengguna TikTok.



Potong Garisan Berkembar Adalah Satu Kesalahan
Untuk info, memotong garisan berkembar merupakan antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemandu semasa berada di jalan raya.
Anda boleh dikompaun sehingga RM300 sekiranya didapati melakukan kesalahan memotong ‘double line’ di bawah Subkaedah 17B (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Bukan itu sahaja, perbuatan mengubah haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat amaran juga dikira sebagai satu kesalahan. Jika kemalangan berlaku sehingga mendatangkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta dipenjara tidak melebihi dua tahun.
Baca Artikel Berkaitan: “On The Spot Dapat Balasan” – Rider Acah Nak Tendang Kereta, Sekali Kasut Tercabut Undang Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram