Tular Patung Misteri Berbalut Kain Kuning Didakwa Untuk ‘Sihir’ DBKL Cetus Tanda Tanya
Patung berbalut kain kuning yang tertulis perkataan ‘DBKL’ itu turut dicucuk dengan beberapa jarum mirip patung voodoo.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sihir atau aktiviti khurafat jelas sebagai satu perkara yang diharamkan bagi umat Islam tidak kiralah untuk tujuan apa sekalipun.
Namun begitu, masih ada segelintir individu yang masih mahu mengikut niat buruk mereka untuk melakukan perbuatan jahat terhadap seseorang disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.
Ia termasuklah dengan meletakkan sesuatu barangan yang mengandungi ilmu sihir pada individu yang disasarkan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Dakwa Gerai Kuih ‘Ditutup’ Hingga Pelanggan Tak Nampak Kedai Beroperasi Setiap Hari
Baca Artikel Berkaitan: “Anak Jadi Mangsa” – Ustaz Kongsi Kisah Ibu Hamil 2 Bulan Disihir Guna Tali Kasut
Baca Artikel Berkaitan: “Percakapan Sendiri Hingga Ada Individu Terasa Hati” – Ustaz Kazim Dedah Punca Diri Jadi Mangsa Sihir
Patung Misteri Dijumpai Berhampiran Kawasan Larangan DBKL Di Setiawangsa
Menerusi hantaran dimuat naik semula di laman X (@update1111), tular satu gambar yang memperlihatkan sebuah patung kecil disyaki mempunyai kaitan dengan sihir yang ditujukan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ini kerana patung berbalut kain kuning dan dicucuk dengan beberapa jarum itu tertulis’ DBKL’ pada badannya.
Difahamkan patung kecil mirip sihir voodoo itu ditemui di atas jalan berhampiran pusat perniagaan di Dataran Setiawangsa dengan pita pelekat milik DBKL.
Hantar sihiir pada DBKL? 🤣
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) November 6, 2024
Lokasi: Dataran Setiawangsa kot? depan kolej Politeknik Metro yang tengah reno ni. pic.twitter.com/mHTNDh37sl
Semakan kami kemudiannya mendapati foto asal sebenarnya dimuat naik oleh seorang pengguna di Group Facebook Penduduk Kuala Lumpur.
Jelasnya, patung tersebut dijumpai pada pagi 6 November ketika mahu bersarapan.
Walau bagaimanapun, tujuan sebenar perbuatan ini dilakukan tidak dapat dipastikan.
Orang Ramai Pelik Lihat Kelibat Patung Kecil Didakwa Sihir Voodoo
Perkongsian itu sudah pastinya menarik perhatian ramai kerana tidak menyangka bahawa wujud individu yang dikatakan mahu menghantar ‘sihir’ kepada pihak berkuasa tempatan tersebut.
“DBKL pun orang sihir eh? Ingat kat mahkamah je orang nak hantar sihir ni,” kata netizen.
Pada masa yang sama, netizen turut tertanya-tanya siapakah mangsa sebenar yang mahu ditujukan kerana hanya tertulis nama DBKL pada badang patung voodoo itu.
“Kalau macam ni siapa yang kena rasa sakit? Semua pekerja DBKL atau pengarah je?” soal pengguna X.
Namun seorang pengguna media sosial pula tampil menasihati orang ramai agar tidak mempermainkan hal syirik ini meskipun hanya sebagai bahan jenaka.
“Hati-hati la yang terlibat buat lawak pasal ni. Antara dosa yang Allah takkan ampunkan adalah mensyirikkan Dia. Minta dijauhkan daripada menormalisasikan dan membuat gurauan tentang benda-benda syirik,” ujar netizen.
Sebagai info, mengamalkan ilmu sihir adalah haram, ini kerana ia boleh memporak-perandakan kehidupan manusia. Bahkan Rasulullah SAW pernah memberi ingatan bahawa ahli sihir dan orang yang mengamalkannya akan dibalas dengan api neraka.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.