[Video] 2 Minggu Tak Balik Rumah, Oyen Kantoi Lepak Kat Kantin Sekolah!
Menurut pemilik si Oyen, jarak antara rumah dan sekolah di tempat dia bekerja adalah sejauh 15km.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun dipelihara oleh seseorang, sesetengah kucing masih dibiarkan bebas merayap, terutamanya di kawasan perumahan di luar bandar atau kampung.
Namun kadangkala, ada pula sesetengah kucing yang berkeliaran terlalu jauh dari rumah. Malah ada juga yang sehingga tidak menemui jalan pulang.
Dalam satu kejadian sebelum ini, seekor kucing tersesat menaiki sebuah kapal dan sudah berada di ‘offshore’ lebih dua bulan!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur
Kucing 2 Minggu Hilang Sebelum Dikesan Di Sekolah
Baru-baru ini, seorang individu, Nami Nayla, yang merupakan guru di sebuah sekolah berkongsi tentang kucingnya yang telah hilang namun berjaya ditemui semula.
Menurutnya, kucing berwarna jingga itu, yang seringkali digelar Oyen, telah dua minggu tidak pulang ke rumah.
Namun dia kemudiannya dilihat sedang bersantai menjilat bulunya di kantin sekolah di mana tuannya bekerja.
Jarak Antara Rumah & Sekolah Ialah 15km
Apa yang lebih mengejutkan, jarak antara rumah dan sekolah itu mencecah 15km! Jauh betul Oyen berjalan ya.
“Rasanya dia dah tahu tempat kerja saya,” kata Nami.
Di ruangan komen, Nami menjelaskan dia pertama kali terjumpa kucingnya itu di sekolah walaupun telah hilang selama dua minggu.
Kucing itu kemudiannya diletakkan di dalam beg, sebelum dibawa pulang ke rumah menaiki kereta.
Namun sikapnya yang sering memandang ke luar tingkap ketika dalam perjalanan itu menarik perhatian orang ramai.
“Ni Dah Lalu Masa Jalan Kaki Tadi” – Pengguna TikTok
Memindai ke ruangan komen, orang ramai berasa geli hati dengan keadaan itu dan turut bersama-sama berseloroh.
“Gaya tengok luar tingkap tu, mesti tengah hafal jalan,” kata seorang individu.
“Oh sini jalan shortcut, penat pusing jauh tadi,” seloroh seorang lagi.
Ada juga yang berkata mungkin si Oyen mahu ‘spotcheck’ tuannya bekerja di sekolah tetapi tertarik dengan bau ayam goreng di kantin.
“Oyen nak tolong mama work ni. Nak beli makanan RC ni,” kata seorang pengguna TikTok.
Seorang pengguna TikTok mencadangkan Nami agar memakaikan ‘air tag’ pada kucingnya. Namun dia berkata kucingnya sebelum ini pernah mencabut peranti penjejak lokasi itu sehingga tertinggal di tengah jalan.
Dalam masa sama, beberapa pengguna berkongsi bahawa kucing mereka juga pernah hilang berhari-hari, malah berminggu sebelum tiba-tiba pulang ke rumah dengan sendiri. Ada juga kucing yang memilih untuk ‘melarikan diri’.
Kucing Boleh Merayap Sehingga 3km Dari Rumah
Bagi pemilik kucing, mungkin anda biasa melihat si bulus merayau agak jauh jika dibiarkan lepas di luar rumah. Menurut Pet Plan United Kingdom, merayap adalah tindakan biasa untuk kucing memandangkan ia seekor haiwan dengan sifat ingin tahu yang tinggi.
Lebih-lebih lagi bagi kucing jantan yang belum dimandulkan, mereka akan merayap jauh dari rumah untuk mencari pasangan. Ada juga yang gemar memburu dan berkeliaran untuk menangkap mangsa.
Kebiasaannya, jarak kucing merayau hanyalah sekitar 40 hingga 200 meter dari rumah.
Namun ada juga kucing, terutamanya yang duduk di kawasan ladang, merayap sehingga 3km. Masih tak dapat kalahkan si Oyen yang berjalan sejauh 15km untuk ke sekolah itu!
Sunatkan Kucing Untuk Elak Merayap Jauh
Selain mengurung kucing di dalam sangkar atau rumah, ia juga boleh disunatkan agar kurang merayap.
Jika si bulus dibiarkan di luar rumah, boleh juga pakaikan tag dengan fungsi GPS, atau letakkan nama, alamat dan nombor telefon anda pada kolar kucing.
Penting juga untuk memastikan kucing divaksin secara berkala untuk melindungi mereka dijangkiti penyakit dari kucing lain.
Dalam masa sama, kucing juga boleh dilatih agar mengenali nama mereka dan pulang ke rumah apabila dipanggil. Sesetengah kucing juga akan segera berlari ke rumah apabila terdengar bunyi goncangan makanan kering. Nak makan saja!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Penting Semak Testis Kucing Jantan Sebelum Dimandulkan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Nak Gaduh Tapi Tak Sihat” – Gelagat Kucing Bersin Sewaktu Gaduh Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.