Now Reading
“Lepas Game Cari Pahala” – Penyokong JDT Berselawat Di Stadium Buat Ramai Sebak

“Lepas Game Cari Pahala” – Penyokong JDT Berselawat Di Stadium Buat Ramai Sebak

Para penyokong JDT itu dilihat berselawat beramai-ramai di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru selepas selesai perlawanan bola sepak menentang Ulsan HD.

penyokong JDT berselawat di stadium

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka bergelar Muslim, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah satu tuntutan tidak kira waktu dan di mana pun anda berada.

Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan ribuan pengunjung umat Islam berarak sekeliling Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil berselewat bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah. 

Dalam klip video itu, kelihatan orang ramai dengan bersemangat melaungkan selawat sambil mengangkat sepanduk masing-masing. Walaupun lokasi tersebut sesak, namun momen menyentuh hati itu bukanlah satu fenomena yang selalu dilihat.

Baca Artikel Berkaitan: “Bukit Bintang Bergema” – Umat Islam Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Raih Perhatian


Penyokong JDT Berselawat Lepas Tonton Perlawanan Bola Sepak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@engspopcornhq) menyaksikan fenomena dan suasana luar biasa melibatkan penonton perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Menerusi video perkongsian, kelihatan para penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang melaungkan alunan selawat beramai-ramai. Jika anda dengar sendiri daripada klip tersebut, marhaban itu telah bergema sekitar pekarangan stadium.

Menurut salah seorang pengunjung, bacaan selawat itu berlaku apabila seorang individu mula melaungkannya secara rawak. Ia sekaligus membuatkan orang lain menyambut dan turut serta berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas selesai perlawanan di antara pasukan JDT menentang Ulsan HD pada 5 November lalu.

Sesi selawat itu juga berkemungkinan untuk meraikan kemenangan JDT selepas menewaskan pihak lawan iaitu dengan skor 3-0.

@engspopcornhq Cenggini 👍🏻 #jdt🔵🔴 #engspopcornhq #popcorn ♬ original sound – Engs Popcorn

Ramai Sebak Lihat Orang Ramai Turut Serta Berselawat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat suasana harmoni para penyokong yang melaungkan selawat bersama-sama.

“Sebak sangat semalam masa nak keluar stadium. Diaorang tak berebut pun nak turun tapi ramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kita sebak sangat. Syukur alhamdulillah kami semua satu Johor bersatu,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga berharap perkara baik itu boleh diteruskan pada masa akan datang.

“Seronok kan ramai-ramai macam ni berselawat. Teruskan macam ni setiap kali balik atau keluar stadium. Keep it up,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga memuji para penyokong JDT kerana berselawat tidak kira di mana pun mereka berada.

“Alhamdulillah. Selawatlah dekat mana pun, moga kita semua umat Nabi Muhammad SAW yang tergolong mendapat syafaatnya,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@engspopcornhq)

Besar Ganjarannya Apabila Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW

Untuk pengetahuan semua, amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu amalan yang agung dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT. 

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

[Surah al-Ahzab (56)]

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ucapan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW memberi manfaat kepada Baginda kerana kita memohon sesuatu rahmat yang belum terhasil.

Baca Artikel Berkaitan: “Kereta Depan Ajak Buat Pahala” – Paparan LED Dengan Ayat Selawat Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Perarakan Sempena Maulidur Rasul Guna Lampu Berhias Cetus Perdebatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd