Lelaki Ini Cipta Website Untuk Mudahkan Orang Ramai Cari Rumah Dekat Dengan LRT
Antara maklumat yang disediakan dalam senarai rumah berhampiran LRT di laman web tersebut adalah nama, jenis kediaman dan stesen LRT berdekatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi sesiapa yang memandu ke tempat kerja setiap hari, mesti korang stres bila kena hadap kesesakan trafik ketika pergi dan balik kan?
Disebabkan itu, wujud sesetengah individu yang lebih memilih untuk menyewa rumah di lokasi berhampiran dengan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT.
Paling-paling tidak sekalipun, hanya perlu berjalan kaki ke stesen berdekatan dan menunggu giliran untuk masuk ke dalam tren. Asalkan pengangkutan itu bergerak dan boleh tiba di pejabat tepat pada waktunya.
Lelaki Ini Kumpulkan Rumah Berhampiran LRT Dalam Satu Laman Web
Baru-baru ini, pengguna X (@afrieirham_) telah memuat naik ciapan selepas memberi respon terhadap ciapan seorang lelaki yang mahu mencari kediaman berhampiran LRT atau MRT dan ia bukan di tengah bandar.
Bagi membantu jejaka tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Afrie Irham ini memperkenalkan satu laman web yang dicipta sendiri untuk mengumpulkan maklumat mengenai rumah yang berdekatan dengan pengangkutan awam.
Dalam laman web berkenaan, terdapat senarai kediaman dengan pelbagai maklumat tambahan telah disediakan seperti:
- Nama dan jenis kediaman
- Peta kedudukan rumah tersebut
- Stesen LRT berhampiran
Namun lelaki ini menjelaskan senarai itu masih belum lengkap dan kebanyakan rumah yang disenaraikan adalah yang berhampiran dengan LRT laluan Kelana Jaya iaitu dari LRT Putra Heights ke LRT Bangsar.
Katanya lagi, laman web berkenaan dibuat semasa ingin mencari rumah sewa sebelum ini.
Apa yang lebih menarik adalah segala informasi yang dikumpul secara manual itu turut dilabel menggunakan warna yang berbeza bagi menunjukkan perbezaan.
Tapi mesti ada yang tertanya-tanya, apakah kriteria yang dimaksudkan ‘dekat’ dengan LRT itu?
Jelas Afrie, terdapat dua ciri-ciri bagi dirinya bagi mendefinisikan maksud rumah berhampiran dengan pengangkutan awam iaitu selamat untuk dijalan dan tidak mengambil masa lebih daripada 15 minit.
Kalau korang nak tengok senarai tersebut, boleh klik [DI SINI].
→ https://t.co/ONZy69wMdu
— Afrie Irham (@afrieirham_) November 6, 2024
aku ada buat list ni for houses yang walkable ke LRT/MRT tapi it's not complete yet and lama dah abandoned. 🥲
but might as well share it kot membantu anyone. https://t.co/lx7xHhTjn6
Masyarakat Kagum Lelaki Ini Beri Jalan Penyelesaian Untuk Cari Rumah Berhampiran LRT
Perkongsian itu dilihat meraih perhatian netizen kerana menganggap ia dapat memberikan manfaat kepada orang ramai terutamanya bagi mereka yang sedang mencari rumah sewa berhampiran pengangkutan awam.
Siap ada yang ‘request’ agar senarai itu turut dibuat bagi kawasan sekitar Sri Rampai, Jelatek dan Cheras.
Menurut seorang ejen hartanah, wanita berkenaan turut mengatakan bahawa senarai ini adalah perkongsian yang cukup bagus dan memberitahu lebih banyak rumah akan siap dibina berhampiran LRT.
Seorang netizen pula memberikan penghargaan kepada pemilik laman web berkenaan kerana berpendapat projeknya itu dapat membantu masalah dan mempermudahkan urusan masyarakat.
Platform Untuk Cari Rumah Sewa Secara Online
Untuk korang yang tengah cari rumah sewa di sekitar Kuala Lumpur, terdapat beberapa platform yang boleh membantu. Antaranya:
Baca Artikel Berkaitan: Beli Atau Sewa Rumah Lebih Baik? Ini Kata Penganalisis
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Netizen Puji Tuan Rumah Tak Ambil Sewa 2 Bulan Demi Musim Perayaan & Sekolah Buka
Tips Sebelum Beli Rumah
Nak beli rumah macam mana sekalipun, terpulang kepada korang. Yang penting, kediaman itu mempunyai ciri-ciri yang baik.
Kepada anda yang pertama kali membeli rumah, jom kami kongsikan tips berguna. Antaranya:
- Semak tahap kemampuan dari segi kewangan
- Fahami dokumen pinjaman perumahan
- Pilih unit rumah yang sesuai
- Fahami dokumen jual beli rumah
- Semak maklumat pindahan milik rumah
- Periksa sebarang kerosakan pada rumah
Kami berharap perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana yang pertama kali ingin membeli kediaman sendiri. Semoga segala urusan dipermudahkan dah dapat ‘unlock’ pencapaian baharu dalam hidup anda!
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.