[Video] “Nak Gaduh Tapi Tak Sihat” – Gelagat Kucing Bersin Sewaktu Gaduh Buat Ramai Geli Hati
Kucing berwarna perang yang mendekati lawannya itu terhenti langkahnya apabila bersin berkali-kali.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun kucing dilihat sebagai haiwan yang manja, namun ada juga yang garang dan sering bergaduh dengan kucing lain.
Lebih-lebih lagi kucing jantan, pantang betul apabila melihat si jantan lain yang kononnya masuk ke kawasannya, walaupun mungkin itu sebenarnya rumah pemilik si bulus itu!
Ada sahaja benda yang tak kena, mesti nak bergaduh walaupun diri sendiri sedang tercedera atau tidak sihat.
Kucing Tiba-Tiba Bersin Sewaktu Menghampiri Lawannya
Perkara sedemikian dapat disaksikan menerusi satu video yang tular di TikTok (you_nazwir) sewaktu dua ekor kucing sedang bergaduh.
Kedua-dua kucing itu kelihatan sudah mula bergaduh walaupun ketika itu berada pada jarak sekitar dua kaki antara satu sama lain.
Salah seekor daripada mereka kemudian dengan gagahnya berjalan ke arah lawannya. Perkara ini menyebabkan lawannya dilihat perlahan-lahan mengundur mungkin kerana takut.
Namun langkah kucing berwarna perang itu tidak semena-mena terhenti apabila dia bersin berkali-kali.
Selepas berhenti bersin, dia kembali menghadap lawannya, namun dapat dilihat dia menjilat-jilat hidungnya. Mesti masih ada air hingus yang meleleh!
“Mengundur Sebab Takut Jangkit” – Pengguna TikTok
Bagi mereka yang pernah menghadapi si bulus yang dipelihara diserang kucing lain, melihat kucing bergaduh pasti merupakan sesuatu yang menjengkelkan.
Namun orang ramai berasa geli hati pula melihat keadaan itu memandangkan ‘perlawanan’ antara kedua-dua kucing itu terganggu akibat seekornya tidak sihat. Mereka turut berseloroh bahawa kucing seekor lagi pasti akan berjangkit pula selepas itu.
Malah ada juga yang ‘backup’ kucing seekor lagi yang kelihatan sedikit takut.
“Member mengundur bukan sebab takut, tapi takut berjangkit,” selorohnya.
Ada juga yang berkongsi mengenai kucing di tempat mereka yang sudah tua dan tidak mampu lagi untuk bergaduh.
“Kucing kat rumah saya dua-dua warga emas dan selesema. Bunyi je riuh. Last-last terbaring saling pandang-memandang,” kata seorang pengguna TikTok.
“Kucing aku dah 11 tahun. Dulu dia la juara. Sekarang kucing ajak bergaduh dia pandang je. Lepas tu sambung baring,” tambah seorang lagi.
Dalam orang ramai berseloroh, seorang individu berkata jika kucing tersebut berjangkit dengan selesema, pasti sukar untuk dirawat oleh pemiliknya, berbanding hanya luka kecil akibat bergaduh.










Kucing Boleh Dijangkiti Selesema Menerusi Titisan Air Di Udara
Untuk info, selesema kucing (cat flu) merupakan penyakit yang biasa menyerang si bulus itu. Namun, ia boleh menjadi berbahaya buat anak kucing dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain.
Selesama kucing boleh disebabkan oleh dua jenis iaitu feline calicivirus (FCV) dan feline herpes virus (FHV/ FHV-1). Menurut WebMD, apabila kucing dijangkiti virus tersebut, ia mungkin akan membawa virus itu di dalam badannya seumur hidup walaupun setelah dirawat.
Seperti manusia, kucing dipercayai boleh dijangkiti virus selesema itu menerusi sentuhan secara langsung, titisan air di udara dan barang yang telah tercemar dengan virus seperti kandang dan bekas makanan.
Antara simptom selesema kucing ialah:
- Hingus atau lelehan dari hidung
- Bersin
- Batuk
- Ulser mulut
- Air liur meleleh
- Demam
- Hilang suara
- Konjunktivitis
- Tenaga rendah
- Tiada selera makan
Kucing yang menunjukkan simptom-simptom sedemikian harus dibawa ke klinik haiwan bagi mendapatkan ubat-ubatan untuk menyembuhkannya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Boleh Kena Sawan Jika Pakai Ubat Kutu Botol Hijau – Klinik Veterinar
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Dijangkiti Virus Parvo, Wanita Ini Kongsi 5 Langkah Merawat
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Sapu Minyak Gamat Pada Luka Kucing? Ini Penjelasan Pakar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.