Timbalan Speaker Dewan Parlimen Luah Rasa Kecewa Dengan Kerugian Dana Awam FashionValet
Antara perkara yang dibangkitkan Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor adalah sama ada pelaburan yang diterima oleh FV daripada Khazanah itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta yang dialami laman e-dagang fesyen terkemuka, FashionValet (FV) yang diusahakan oleh Datin Vivy Yusof bersama suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar kini menjadi perhatian ramai.
Apa yang menyebabkan ia lebih kecoh apabila pelaburan melibatkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menggunakan dana awam bernilai RM47 juta.
Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Pengerusi Khazanah meminta agensi keraajaan tersbeut untuk melakukan audit dalam berhubung kerugian yang dialami.
Baca Artikel Berkaitan: Khazanah, PNB & FashionValet Perlu Beri Penjelasan Libatkan Kerugian RM43.9 Juta Dalam Saham FV – Fahmi Fadzil
Baca Artikel Berkaitan: Kerugian Pelaburan FashionValet: Vivy & Suami Mohon Maaf, Lepas Jawatan Dalam FV
Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Persoal SPRM Sempat Rakam Video Ketika Serbuan Ke FashionValet
Timbalan Speaker Parlimen Luah Rasa Kecewa Dengan Kerugian Dana Awam Di FashionValet
Topik ini turut mendapat perhatian Timbalan Speaker Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor ketika isu ini dibangkitkan di Parlimen pada Isnin lalu (4 November).
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@suaramadani_official), Ramli dilihat mengambil peluang semasa Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wue mengutarakan beberapa persoalan melibatkan FashionValet.
Antara perkara yang dibangkitkan oleh beliau adalah sama ada pelaburan yang diterima oleh FV daripada Khazanah itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF).
“FashionValet menerima pelaburan dari Khazanah lebih RM40 juta, betul tak? Boleh tak melalui Yang Berhormat (Kelvin), kita tanya kepada menteri, ada tak kelulusan daripada MOF yang diperolehi oleh GLC ini,” kata Ramli.
Satu lagi pertanyaan yang diajukan adalah tentang kepastian mengenai nilai jualan saham FashionValet, iaitu sama ada ia mendapatkan kelulusan daripada pihak MOF.
“Semasa FashionValet menjual sahamnya, adakah ia mendapat kelulusan daripada MOF dan Khazanah?” soal Timbalan Speaker tersebut.
Ramli menjelaskan dia yang dahulunya pernah bekerja sebagai penyiasat menyifatkan kerugian dana awam bernilai lebih RM40 juta sebagai satu perkara yang tidak masuk akal.
Video ini menjadi tular di media sosial sehingga meraih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Masyarakat Turut Pertikai Kerugian Dana Awam RM43.9 Juta
Topik melibatkan kerugian yang dicatatkan oleh FV membuatkan ramai masyarakat turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana ia melibatkan dana awam dengan nilai puluhan juta ringgit.
Malah, netizen turut berpendapat wang tersebut sepatutnya disalurkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menaik taraf keperluan fasiliti.
Pada masa yang sama, orang ramai turut mempersoalkan mengapa dua buah agensi kerajaan berkenaan komited mahu melabur dalam syarikat terbabit.
Perkembangan Terkini Tentang Kes FashionValet
Semalam (5 November), Vivy dan suaminya Fadza telah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan sekitar jam 2:30 petang.
Memetik laporan Buletin TV3, pasangan ini dilihat beredar dari perkarangan SPRM kira-kira jam 10 malam.
Malaysia Gazette pula melaporkan proses keterangan melibatkan pemilik FV ini bakal bersambung pada hari ini (6 November).
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.