Now Reading
[Video] Kotor & Berlumut, Tindakan Pemuda Cuci Tempat Ambil Wuduk Raih Pujian Ramai

[Video] Kotor & Berlumut, Tindakan Pemuda Cuci Tempat Ambil Wuduk Raih Pujian Ramai

Lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Muhammad Cecep itu berkata program mencuci kawasan masjid dan tempat wuduk tersebut bertujuan mengajak orang ramai menjaga kebersihan.

pemuda cuci tempat wuduk di Indonesia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang Muslim, kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik kepada orang sekeliling, malah menjaga kebersihan diri serta kawasan sekitar juga menjadi keutamaan. Sebagai contoh di rumah Allah SWT.

Memetik portal Maktabah Al-Bakri, besar ganjarannya buat mereka yang membersihkan kawasan masjid daripada segala jenis sampah dan kotoran.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:

عُرِضَتْ عَلَيَّ أُجُورُ أُمَّتِي حَتَّى الْقَذَاةُ يُخْرِجُهَا الرَّجُلُ مِنْ الْمَسْجِدِ

Maksudnya: “Telah diperlihatkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga perbuatan seseorang yang mengeluarkan kotoran dari masjid.”


Pemuda Sental Kekotoran Di Tempat Wuduk Di Sebuah Masjid

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cleanermasjid) menyaksikan seorang pemuda dari Indonesia yang dikenali sebagai Muhammad Cecep Abdullah sedang membersihkan kawasan tempat wuduk di sebuah masjid.

Menerusi video tersebut, kelihatan Cecep membawa begnya yang berisi barangan dan peralatan bagi membersihkan tempat itu.

Bagi menanggalkan kekotoran degil yang melekat pada lantai dan dinding jenis jubin itu, pemuda berkenaan telah menggunakan sabun yang banyak dan menyentalnya dengan berus dawai.

Walaupun bekerja keras seorang diri, penat lelah Cecep mencuci itu dilihat membuahkan hasil yang mana daki-daki dan kekotoran mula menghilang.

@cleanermasjid

Cleaning tempat wudhu satisfying😇❤️

♬ suara asli – cleanermasjid

Difahamkan program yang dijalankan oleh Cecep ini bertujuan untuk membersihkan dan mengubah suai masjid serta tempat wuduk pada setiap hari di seluruh kawasan Indonesia.

Ia dalam masa sama merupakan sebahagian daripada dakwahnya untuk mengajak orang ramai bagi menjaga kebersihan di rumah Allah itu.

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat bagi manusia yang lainnya,” kata Cecep.

Kalau anda lihat akaun TikTok miliknya, Cecep kerap kali berkongsi rutinnnya membersihkan tempat wuduk. Alhamdulillah, memang rasa puas melihatnya!

@cleanermasjid

cleaning part2 wudhu masjid berkerak😞. dipakai untuk sholat jumat, ribuan jamaah wudhu disini untuk menunaikan sholat, tempat wudhu yang kotor salahsatu tanda masih banyak jamaah menggunakannya In Bio

♬ suara asli – cleanermasjid

Ramai Puji Tindakan Cecep Kerana Prihatin Terhadap Kebersihan Tempat Wuduk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji semangat pemuda ini kerana tidak berputus asa membersihkan tempat wuduk sekitar Indonesia.

“Guna waterjet pun dah besar pahala apa lagi guna cara manual gosok macam ni. Lagi melimpah ruah pahalanya,” kata seorang individu.

Malah ramai juga dilihat menitipkan doa yang baik-baik kepada Cecep kerana sikap murninya itu.

“Kami saksi kebaikan Cecep. Moga ada pahala berpanjangan untuk anda,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga telah menasihati Cecep agar memakai pakaian yang lebih selamat dan sesuai untuk pencucian tempat wuduk itu.

“Pakai kasut bang. Bahaya kulit kena sabun tu” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@cleanermasjid)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bangsa India Tolong Bersih Masjid Terkesan Akibat Banjir Buat Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bersihkan Lubang Tersumbat Punca Air Bertakung Di Lebuhraya EDL Raih Pujian [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd