[Video] 8 Pemain Rebah Serentak, 1 Maut Selepas Dipanah Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak Di Peru
Tragedi pemain dipanah petir itu berlaku ketika perlawanan melibatkan Kelab Juventud Bellavista dan Familia Chocca di Huancayo, Peru pada Ahad lalu (3 November).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali kita terlihat langit bertukar gelap, mesti ramai yang sudah gelisah kerana menjangkakan hujan lebat akan turun dan pastinya ada petir saling sambar-menyambar.
Kalau anda terdengar bunyi panahan petir, seelok-eloknya elakkan dari berada di kawasan terbuka terutamanya di bawah pokok, kolam renang atau padang lapang.
Ini kerana lokasi-lokasi ini boleh meningkatkan risiko seseorang untuk dipanah petir dan lebih membimbangkan apabila ia juga boleh meragut nyawa seperti yang berlaku baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: Seorang Lelaki Dijumpai Maut, Akibat Terkena Panahan Petir
8 Pemain Bola Sepak Rebah Serentak Atas Padang Ketika Perlawanan
Menerusi video dimuat naik semula di laman Instagram (@buletintv3), perlawanan bola sepak liga tempatan melibatkan Kelab Juventud Bellavista dan Familia Chocca di Huancayo, Peru bertukar tragedi pada Ahad lalu (3 November).
Insiden tersebut mengakibatkan seorang pemain dilaporkan maut akibat disambar petir ketika sedang beraksi.
Kejadian yang berlaku ketika waktu ribut itu turut memberi kesan kepada lapan lagi pemain di lokasi padang yang sama selepas mereka dilihat rebah secara serentak.
Jika dilihat dengan teliti dalam video berkenaan, terdapat pancaran api yang terhasil selepas panahan petir itu terkena pada salah seorang mangsa di padang terbabit.
Memetik laporan Mirror UK, individu yang maut itu adalah pemain pertahanan Familia Chocca iaitu Jose Hugo de la Cruz Meza, 39.
Selain itu, penjaga gol Familia Chocca, Juan Choca turut mengalami kecederaan teruk akibat melecur manakala dua lagi pemain berusia 16 dan 19 tahun kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.
Difahamkan, perlawanan itu telah ditamatkan lebih awal akibat kejadian tersebut.
Tips Keselamatan Ketika Berlaku Panahan Petir
Untuk info, petir terjadi disebabkan oleh peningkatan suhu dan tekanan secara mendadak dari kilat.
Ia secara tidak langsung mengakibatkan udara di sekeliling mula mengambang dengan deras dan menghasilkan gelombang kejutan sehingga tercetusnya bunyi yang kuat.
Apabila berlakunya kilat dan petir, berikut adalah perkara yang perlu dilakukan bagi melindungi keselamatan. Antaranya:
- Segera mencari tempat berlindung, lebih digalakkan di dalam bangunan berbumbung.
- Tidak menggunakan payung
- Elakkan dari berteduh di bawah pokok.
- Tidak menggunakan telefon berkabel.
- Menutup tingkap.
- Segera turun dari kawasan tinggi seperti bukit, puncak atau gunung.
- Jauhi sumber elektrik.
Panahan petir ini juga boleh membawa maut apabila ia secara tiba-tiba menyambar seseorang secara mengejut.
Menurut Pensyarah Pusat Elektromagnet dan Penyelidikan Perlindungan Kilat (CELP) Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Ir Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, beliau mendedahkan mangsa yang terkena panahan petir tidak menyimpan sebarang cas elektrik di dalam badan mereka.
Beliau turut menasihati orang ramai untuk segera menghubungi talian kecemasan dan melaporkan kepada pihak hospital agar mangsa boleh mendapatkan rawatan.
“Kebiasaannya jantung mangsa akan terhenti secara tiba-tiba dan ketika ini, rawatn kecemasan penting bagi menyelamatkan mangsa.
“Berikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sekiranya tahu dan menutup kulit yang melecur dengan kain bersih, pastikan tidak membalut kulit melecur tersebut,” ujar Mohd Zainal.
Jika mangsa berada dalam keadaan sedar, baringkan mangsa dalam keadaan kepala yang lebih rendah daripada tubuh dan kaki.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.