“Susah Senang Bersama” – Tular Video Iringi Lelaki OKU Joging, Rakan Kongsi Kisah Persahabatan
Menurut lelaki dikenali sebagai Muhammad Nazrul, rakannya Haikal kehilangan kaki sebelah kanan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2018.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semangat setiakawan adalah satu nikmat yang perlu disyukuri oleh semua orang. Sebelum ini, tular di laman TikTok menyaksikan momen menyentuh hati melibatkan tiga orang pemuda yang sedang membantu rakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menerusi video itu, kelihatan mereka sedang mengiringi rakannya yang tidak berkaki dikenali sebagai Haikal untuk merasai sendiri pengalaman berjoging menggunakan kerusi roda.
Perkara itu dilakukan tiga sekawan tersebut selepas Haikal menyuarakan keinginannya untuk melakukan aktiviti yang sering dilakukan oleh orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: 3 Sekawan Tunaikan Permintaan Rakan OKU Tiada Kaki, Teringin Nak Rasa ‘Vibe’ Joging [Video]
Rakan Mahu Kekalkan Hubungan Persahabatan
Berbicara mengenai kisah persahabatan tersebut, salah seorang rakan dikenali sebagai Muhammad Nazrul Aiman Nasrudin, 24, berkata rakannya Haikal merupakan seorang OKU kaki fizikal yang kudung kaki kanan.
Pun begitu, perkara itu tidak menjadi penghalang buat sekumpulan rakan seperjuangan ini untuk kekal bersama Haikal.
“Susah atau senang, saya dan rakan lain tetap bersama sekaligus tidak tinggalkannya kerana kami mahu berkawan sampai bila-bila,” ujarnya.
@marvelshinbe Selagi kami ada, kau santai je sobat. #sahabat #member #rezeki #fyp #running @F’s 🦖 @Nazz🐯 @haziqzuzuzu ✈︎ ·˚ @hzrq zuzu. ♬ Камин – DR3AM7NG
Haikal Kerap Sertai Rakan Lain Beriadah
Menjelaskan dengan lebih lanjut tentang video yang meraih jumlah tontonan melebihi 2 juta itu, Muhammad Nazrul yang bekerja sebagai seorang jururawat berkata mereka dan Haikal telah beriadah di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada Rabu lalu (30 Oktober).
“Kami selalu habiskan masa bersama jika ada waktu terluang dan lazimnya keluar bertujuh.
“Setiap kali keluar kami tak tinggal Kal (Haikal) kerana kebanyakan masa dia di rumah kerana menjadi ejen jualan produk di laman sosial. Kal hargai sangat, malah tak berhenti ucap terima kasih.
“Waktu nak mendaki pun kami pimpin dia berjalan dengan melompat, manakala rakan lain tolong angkat kerusi roda. Kami gembira dapat bantu kerana sentiasa letak diri di tempatnya,” tambah Muhammad Nazrul.
Haikal Terlibat Kemalangan Jalan Raya Pada 2018
Muhammad Nazrul turut berkongsi bahawa dia sudah lama berkenalan dan berkawan dengan Haikal iaitu sejak di peringkat persekolahan, tingkatan satu.
Menurutnya, Haikal telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pada beberapa tahun lalu.
“Kami kenal di sekolah dan sejak itu jadi kawan baik sampai sekarang kerana bersekolah serta tinggal di kawasan perumahan sama di Sungai Besar.
“Kal dulu aktif, malah gemar buat aktiviti ekstrem, cuma ditakdirkan dia terbabit kemalangan jalan raya pada 2018 menyebabkan kaki kanannya putus hingga dia down sampai tak nak keluar rumah.
“Dalam dua tahun juga dia (murung) begitu, tapi saya dan rakan pujuk hingga dia yang sebelum ini introvert aktif semula serta kembali bersemangat,” jelasnya.
Rakan-rakan Dalam Rancangan Untuk Mengembara Bersama Haikal
Tidak terhenti daripada melakukan aktiviti bersama, sekumpulan rakan ini dikatakan sedang merancang untuk mengembara pada masa akan datang sama ada di dalam atau di luar negara.
“Kami rancang nak bercuti sama ke Terengganu dan luar negara, kalau boleh kami tak nak tinggalkan Kal,” tambah Muhammad Nazrul lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Semangat Setiakawan”- Ramai Puji Murid Sekolah Rendah Bantu & Dukung Rakan Istimewa Naik Tangga [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Rakan Tolong Pegang Makanan Murid OKU Di Sekolah Bikin Ramai Terharu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram