Now Reading
“Saya Tak Ada Kawan” – Gadis Datang Beli Muffin Untuk Sambut Birthday Sendiri Undang Sebak

“Saya Tak Ada Kawan” – Gadis Datang Beli Muffin Untuk Sambut Birthday Sendiri Undang Sebak

Menerusi video tular, gadis tersebut dilihat sangat gembira selepas seorang pekerja 7-Eleven bertindak menyanyikan lagu hari jadi buatnya.

beli mufin untuk sambut birthday

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tiba sahaja ulang tahun, sudah tentu anda berharap dapat menyambut hari itu bersama orang yang tersayang. Namun tidak semua berpeluang mendapatkan momen sebegitu.

Kadangkala, anda sendiri akan bersyukur jika orang sekeliling yang tidak begitu rapat menyambut hari istimewa anda itu. Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan sebuah keluarga sedang meraikan sambutan hari jadi seorang pekerja di sebuah kedai mamak.

Kata salah seorang ahli keluarga, pekerja mamak itu merupakan pelayan yang sering mengambil pesanan setiap kali menjamu selera di kedai tersebut dan sudah menjadi staf kegemaran mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’ Buat Ramai Sebak


Gadis Beli Muffin Untuk Sambut Ulang Tahun Berseorangan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ellisyayusoff_) apabila seorang juruwang (cashier) kedai serbaneka 7-Eleven dikenali sebagai Ellisya berkongsi satu kisah menyentuh hati melibatkan salah seorang pelanggannya.

Menurut Ellisya, seorang gadis telah datang ke kedai itu untuk membeli sebiji kek muffin sambil membawa sebatang lilin. Jelas gadis tersebut, dia berniat untuk menyambut ulang tahun kelahirannya iaitu pada hari tersebut.

Lebih memilukan adalah pelanggan berkenaan berkata dia tiada kawan lain untuk meraikan hari istimewa itu bersamanya.

“Hari ni aku ade cerita sedih, ade satu budak ni datang beli muffin. Lepas tu dia nak beli lilin, aku tanya untuk apa, dia cakap hari ini hari jadi saya,” ujar pekerja itu.

Sumber: TikTok (@ellisyayusoff_)

Ellisya Nyanyikan Lagu Hari Jadi Untuk Si Gadis

Tidak sampai hati melihat adik itu menyambut hari jadinya berseorangan, Ellisya lantas meraikan gadis tersebut dengan menyanyikan lagu.

“Aku tak jual la lilin tu dekat dia tapi aku bakarkan. Lepas tu aku nyanyikan lagu untuk dia dan aku tanya lagi mana kawan-kawan? Dia cakap saya tak ada kawan. Saya nak bakar dan nyanyi sendiri, sumpah sedih😭,” jelas Ellisya di ruangan kapsyen.

Kalau lihat sendiri klip tersebut, anda boleh lihat gadis berkenaan mengukirkan senyuman seolah-olah terharu ada individu lain mahu menyambut hari jadinya.

Di akhir perkongsian, ‘birthday girl’ itu turut meniup api daripada lilin yang dinyalakan oleh Ellisya.

@ellisyayusoff_ Hari ni aku ade cite sedih , ade satu budak cina ni dtg beli muffin 🧁 lepas tu dia nak beli light, aku tanya untuk ape , dia ckp hari ini hari jadi sya , tapi aku tak jual la light tu kat dia tapi aku bakarkan untuk dia , lepas tu aku nyanyi kan lagu untuk dia , lepas tu aku tanya lagi kat dia mane kawan² dia ckp sye tak ade kawan 🥹 sye nak bakar dan nyanyi sendiri 😫 sumpah sedih 😭 #foryou #sai #xybca ♬ Happy Birthday To You – Baby Danny

Ramai Sebak Lihat Gadis Datang Beli Muffin Untuk Sambut Birthday Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat pelanggan yang pada awalnya ingin menyambut hari jadinya secara berseorangan.

“Kasihan, memang faham sangat perasaan dia ni. Aku pun birthday beli kek sendiri. Sebab teringin kena sambut ada kek. Bawa keluarga je makan. Kawan sendiri memang tak ramai,” ujar seorang wanita.

Malah ada yang berkata tindakan Ellisya itu sedikit sebanyak akan memberikan kenangan indah buat gadis terbabit.

“Percayalah, momen ni lah dia akan ingat bila tiba birthday dia. Walaupun nampak kecil, tapi tersemat dekat hati dia,” kata seorang wanita.

Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas mengucapkan ulang tahun kelahiran buatnya selain mendoakan perkara baik buat gadis berkenaan.

“Bagi tahu dia, ada ramai kakak dan abang dalam TikTok ni. Ramai wish dia. Semoga Mei Mei mendapat hari ulang tahun yang terbaik. Semoga Tuhan rahmati hidup awak dan yang baik-baik sahaja berlaku ke hadapan (masa depan). Belajar pandai-pandai, banggakan orang sekeliling,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@ellisyayusoff_)

Baca Artikel Berkaitan: Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd