Now Reading
“Nak Order Economy Class” – Kedai Nasi Ayam Di Sarawak Perkenal Nama Menu Seperti Dalam Kapal Terbang

“Nak Order Economy Class” – Kedai Nasi Ayam Di Sarawak Perkenal Nama Menu Seperti Dalam Kapal Terbang

Antara nama menu Nasi Ayam yang diperkenalkan di gerai ‘No-Show Chicken Rice’ itu adalah Economy Class dan Premium Economy.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap perniagaan pasti akan berusaha untuk mewujudkan pemasaran yang agak unik bagi menarik lebih ramai pelanggan mereka secara berterusan.

Sesetengah pengusaha kini lebih terbuka untuk menggunakan platform media sosial bagi mempromosikan perniagaan produk mereka dengan lebih meluas tanpa mengira lapisan masyarakat.

Antara strategi yang digunakan adalah dengan mengikuti trend terkini berunsur menghiburkan walaupun tiada kaitan dengan perniagaan yang diusahakan.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 1.6 Juta Tontonan Di TikTok, Gelagat Staf Disimbah Air Hingga Kuyup Demi Marketing Cuit Hati Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Restoran Di Thailand Hidang Makanan Guna Barangan ‘Random’, Guna Sangkar Burung Pun Ada!


Gerai Nasi Ayam Guna Nama Jenis Penerbangan Untuk Tampil Unik

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Facebook 126 LAKSA, sebuah gerai yang menjual nasi ayam di Sarawak telah menjadi perhatian ramai apabila mereka menggunakan nama yang unik bagi setiap hidangan.

Gerai ‘No-Show Chicken Rice’ itu menampilkan nama-nama menu seperti berikut:

  • Economy Class (RM7)
  • Premium Economy (RM8)
  • Business Class (RM8)
  • First Class (RM18)
  • Flight & Hotel 5 Pax (RM40)
  • Curry Delay (RM10)

Walaupun menu itu ibarat nama jenis penerbangan mewah, tetapi harganya tidaklah terlalu ‘kayangan’ dan bersifat mampu milik.

Malah, pekerjanya juga berpakaian seperti seragam juruterbang. Tinggal tak pakai topi sahaja.

Lebih menarik lagi, ‘tagline’ kedai makan itu dianggap seolah-olah seperti syarikat penerbangan tambang murah Malaysia iaitu ‘Everyone Can Eat’. Logo gerai mereka pun ada gambar kapal terbang.


Ramai Tertarik Dengan Teknik Pemasaran Kedai Nasi Ayam Ini

Perkongsian di laman Facebook menperlihatkan kedai Nasi Ayam itu meraih perhatian ramai selepas melihat gaya kreatif yang cuba digunakan oleh perniagaan tersebut.

Seorang netizen juga memberikan idea untuk menambah menu dengan nama ‘Cargo 1 (Whole Chicken)’.

Pada masa yang sama, mereka turut berminat dengan hidangan berkenaan kerana harganya yang murah. Siap ada yang minta agar kedai tersebut dibuka di sekitar Kuala Lumpur.

“Bila nak buka dekat KL? Nampak macam sedap je,” ujar netizen.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd